02 February 2010

Postby mukminin »

salam

Saya ingin mengetahui huraian kepada hadis ini, bukankah wanita diharamkan memakai minyak wangi?

'Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang kuat baunya dan kurang warnanya sementara minyak wangi bagi wanita ialah yang menyerlah warnanya dan kurang baunya' Hadith Riwayat An Nasa'I, At-termidzi dan Abu Hurairah



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby ziy@d »

salam

Wanita bukanlah diharamkan secara mutlak memakai minyak wangi.

Terdapat hadith menyebut wanita dilarang memakai wangian ketika ihdad kematian suami. Maksudnya, selepas ihdad dibenarkan ataupun dibenarkan bila tidak berlakunya perkara tersebut. `Alla kullihal, ada peraturan yg mesti diikuti.

Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: “Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar” Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

Diharuskan berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbai`ah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak berikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membai`ahnya melainkan setelah berikhtidab (Hadith Riwayat Abu Daud)

Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan(wangian wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: “Ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna.”(Hadith Riwayat Abu Daud)

Dari Ummu Athiyah, dia berkata: “Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari Tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Komentar:
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Wallahua'lam

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby thtl »

wassalam

Tahqeeqan:

Tambahan:
Dalam berinteraksi dgn asSunnah, kita hendaklah menghimpunkan kesemua hadis2 yg membawa mesej yg sama ke dalam satu tajuk. Misalnya kita ingin mengetahui mengenai hukum memakai perfume, maka kita hendaklah menghimpunkan kesemua hadis2 sahih dan hasan mengenai perfume dan bukannya bergantung pada satu hadis sahaja.
Maka kalau kita himpunkan hadis2 mengenai perfume, maka hukum yg rajih:

a. Lelaki harus memakai perfume yg baunya semerbak pada hidung orang lain

b. Perempuan pula haram memakai perfume yg semerbak bila keluar ke public (tempat awam) termasuklah ke mesjid

c. Berharum-haruman antara suami-isteri, itulah yg sebaiknya.
(Albani, Hijab alMar'ah alMuslimah) WA

0 comments:

Post a Comment