31 March 2011

Cuci Jilatan Anjing Dengan Sabun Ganti Tanah

Postby zifee_kl »
Salam, ustaz...

Soalan saya : Adakah suruhan Rasulullah membersihkan jilatan anjing dengan tanah (samak) adalah suatu pilihan? maksud saya, boleh jugakah digunakan ditergent/sabun menggantikan tanah kemudian diikuti basuhan 6 kali?

adakah maksudnya zaman Nabi tiada ditergent maka nabi menyuruh menggunakan tanah?

-minta ustaz betulkan jika kefahaman saya ni salah dari tafsiran hadis dan fiqh.

Syukran


*****************************
Postby Abu_Umair »

Syarak menaskan untuk menyucikan jilatan anjing hendaklah dibasuh dengan air 7 kali dan salah satunya bersama tanah.

Ada khilaf ulama bolehkah ditukar tanah dengan bahan cucian lain seperti sabun. Ada ulama tidak membenarkannya, kerana jenis basuhan jenis ini termasuk dalam perkara 'taabbudi' (yang tidak ditaakul oleh akal).

Ada sebahagian ulama Hanabilah yang membenarkan menggunakan sabun dan bahan cucian lain, jika payah untuk mendapatkan tanah atau penggunaan tanah boleh merosakkan bahan yang dibasuh.

Walaubagaimana pun, pendapat pertama yang tidak membenarkan lebih kuat, lebih berpegang kepada nusus, dan lebih menyelamatkan.

Syeikh Utsaimin menghujahkan kekuatan pendapat ini dengan beberapa asas:

1) Syarak menaskan penggunaan tanah, maka wajib diikuti arahan syarak.

2) Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terdapat penggunaan bahan cucian lain selain tanah, seperti Usynan (sejenis tumbuhan), yang digunakan untuk cucian. Tetapi baginda tidak mengisyaratkan kepada bahan tersebut.

3) Kemungkinan pada tanah terdapat material yang berfungsi menghapuskan kuman yang terdapat pada jilatan anjing.

4) Tanah adalah bahan cucian selain air. Kerana ia boleh digunakan untuk tayammum ketika ketiadaan air.

Maka, penggunaan tanah adalah wajib untuk basuhan jilatan anjing, dan tidak boleh ditukar kepada bahan lain, kecuali jika ketiadaan tanah. (Syarh Mumti' 1/292)

Wallahu A'lam.

3 comments:

quran reading said...

I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article keep te cool work onread quran

Anonymous said...

apa pula hukum menggunakan 'sabun tanah liat', spt yg ada di pasaran sekarang?

yathi said...

brrti hrus tanah ya,dlu waktu sma aku pernah di jilat anjing,aku hanya mencuci denan sabun karena aq bingung tanah mna untuk mensucika yg halal,bisa jadi tanah yg kta ambil itu khan kotor bekas anjing berjalan,apa aku berdosa apakah skarng aku harus kembli mncuci pke tanah

Post a Comment