15 January 2009

Memegang Mushaf Al Quran Tanpa Wuduk

Salam

Diajukan kembali soalan ini kepada Ustaz2 Al-Ahkam yg budiman, berkaitan menyentuh Al-Quran tanpa wuduk ini sebenarnya ustaz THTL telah memberikan jawapan iaitu boleh berdasarkan Ahli hadis tersohor abad ini, Syaykh Nasiruddin Albani (Tamamul Minnah) dan Juga dalam Fatawa Medinah alMunawarrah, Bab 6 no 1; tetapi baru2 ini dlm salah satu jawapan soal jawab agama/artikel, Ustaz Pendekar ada menyebut jumhur Ulama berpendapat menyentuh Al-Quran hendaklah dgn wuduk; pendapat manakah yang paling tepat berdasarkan Fekhul Mukaram? Adakah kedua2 pendapat tersebut boleh dipakai? Secara peribadi saya lebih selesa utk memakai pendapat yg diutarakan oleh Ustaz THTL. (kadang2 susah juga nak jaga wuduk, tengah duk baca Quran tiba...alahhh...tak leh tahan pulak, angin nak keluar.. :grin:) Wallahualam.

T.kasih
************

Wassalam

Jawab:

Baik sekali soalan ini, kalau tak gena gaya boleh :duel2
pula thtl dgn Ust Pendekar. Yang sebenarnya: Ikhtilaf (berbeda pendapat di kalangan ahli ilmu itu adalah lumrah)

Pendapat Ustaz Pendekar itu merupakan pendapat popular:

1. Membaca alQur'an

a. yang paling afdhal ialah membaca alQur'an dgn berwudhu'. Tapi ijma' fuqaha' boleh membaca alQur'an tanpa wudhu'. Ijma' ini disahkan oleh Imam Nawawi (Syarah Muslim:4/38; alMajmu': 2/76)

b. Boleh membaca alQur'an kecuali orang berhadath, haidh, janabah, berada di janban (toilet) dan permandian (shower room)( Imam Ibn Hazm, Maratib alIjma'-no 32)

2. Menyentuh Musyhaf:

a. Haram orang berhadath menyentuh dan mebawa musyhaf . Ini fatwa sayyidina Ali dan tidak ada sahabat yg membantahnya (Nawawi, Majmu': 1/504)

b. Haram orang janabah (hadats besar) menyentuh dan membawa musyhaf (Syawkani, Nailool Awthor yg menyebutnya ia seperti Ijma' kecuali Madzhab Zahiri)

Rumusan: Inilah yg dimaksudkan oleh Syekh Pendekar tentang jumhur itu. Apakah boleh muqallid mengikuti pendapat ini? Sudah tentu boleh kerana berpegang dgn ijma atau jumhur atau mana-mana mujtahid adalah selamat.

Thtl pula membawa metod tahqeeq dan tarjeeh. yakni apakah disebalik pendapat majoriti itu masih ada ada ruang utk diselidiki dan dibedah siasat berpandukan manhaj Ahli Hadis? Yang mula2 menyatakan dalil2 jumhur atau ijma' ini lemah ialah Imam alBukhari sendiri yg merupakan Imam Hadis yg paling unggul. Selepas itu Imam Abu Daud, Imam Tabrani, Imam Ibn Hazm, Syawkani, Imam Ibn Taymiyah dan akhir sekali alMuhaddith Albani telah menganalisa satu persatu akan dalil2 hadis jumhur dan mendapati ia hadis2 yg cacat dan bermasalah. Syeikh Albani berpendapat musyhaf yg berbentuk buku yg bercetak dan standard Uthmani ini belum ada di zaman RasuluLlah saw, maka bagaimana hadis2 menyentuh musyhaf itu ujud?

Jadi muslim yg muttabi' boleh keluar dari daerah Taklid dgn selamat setelah meneliti penjelasan Imam2 Hadis ini. Itulah kedudukannya. Muqallid (orang yg bertaklid dan tidak mampu meneliti dan memahami sumber dalil dan kaedah tarjeeh dan taqreen ini juga selamat berpegang dgn ijma' dan jumhur, yang ada kemampuan dan memahami teknik muqarran ini, juga selamat kerana berpegang dgn ahli Tahqeeq yg berwibawa dan muktabar. WA

1 comments:

mahdzer said...

betul dibolehkan, pendapat jumhur ulama telah ditolak ulama kini, contoh al-qardawi menolaknya, setelah siasatan terperinci dan dibedah siasat.


-- > ini mungkin salah satu dakyah kafir menjauhkan muslim dari quran, (bahaya perkara ini - harap muslim perlu faham) untuk lebih lanjut boleh tanya saya - InsyaAllah boleh membantu 019-7002888

Post a Comment