21 January 2010

Mencuci Pakaian Yang Terkena Najis Anjing

AHelmi »

Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana memberi ruang utk saya bertanya. Harapan saya ialah saudara dpt menjawab kemusykilan saya..

1. Sehelai seluar yang terkena sentuhan anjing/najis anjing direndam dalam air bersama-sama pakaian lain, adakah pakaian2 lain itu turut dikategorikan bernajis mughalazah?

2. Bagaimana pula jika air rendaman itu tidak bertukar warna dan tiada 'ain najis pada seluar yg dikhuatiri bernajis itu?

3. Adakah org yg menyentuh air rendaman itu turut dikategorikan sebagai yg dicemari najis mughalazah dan perlu disucikan?

4. Adakah akan berbeza keadaan suci atau tidaknya situasi2 di atas sekiranya yg mencemari seluar itu ialah najis khinzir/sentuhan khinzir?

Terima kasih, wassalam.


**************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

JKK juga kpd anda kerana memilih Ahkam sebagai portal Fiqh anda.
Pendapat Syafi'iyah dalam najis/taharah adalah paling keras di antara Imam-imam mujtahidin yg lain dan ini mempengaruhi worldview pentaklid madzhab ini terhadap najis dan cara membersihkannya. Madzhab Malik pula paling sederhana. Maka tidak ada cara untuk mengendurkan kekerasan ini melainkan orang yg selama ini bertaklid dgn madzhab Nusantara membuka pintu gerbang ilmu fiqh kepada pendapat Imam2 yg lain juga.

1. Seluar yg terkena sentuhan anjing dalam keadaan kering tidak menajisi seluar itu. Jika seluar itu terkena najis anjing (tahi atau kencingnya), jika ia sedikit tidak menjadi hal jika direndam dgn pakaian kotor yg lain.

2. Jika tiada pertukaran warna dan tiada 'ain najis, maka tidaklah dihukum najis keatasnya

3. Orang yg menyentuh rendaman itu harus berbuat demikian kerana hendak membasuhnya (basuhan tangan) dan dengan aktiviti basuhan itu sudah tentu ia kembali menjadi suci dgn penggunaan detergen dan bilasan air mutlak.

4. Khinzir dikategorikan sama dgn anjing dan perbahasannya sama spt 1-3 di atas. (Prof Dr Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islami Jld 1, PT Rizki Putra Semarang Id) WA

9 comments:

Anonymous said...

menurut jawapan diatas.. adakah seluar tersebut masih boleh dibawa solat jika hanya bersentuhan sahaja dengan anjing tetapi tiada sebarang najis seperti tahi atau air kencing..?

-pembantu veterinar-

Admin said...

menyentuh apa jua najis dalam keadaan kering tidak menajiskan kerana najis tidak berjangkit dalam keadaan kering. Sila baca jawapan Ustaz Tuan Hassan:


http://qawudukdanmandi.blogspot.com/.

Admin said...

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2010/01/najis-tersentuh-anjing-kering.html

Anonymous said...

ustaz,bagaimana jika kita menyentuh barangan orang bukan islam yg memelihara anjing.
dikhuatiri barangan tersebut telahpun disentuh oleh anjing tersebut.
apakah hukumnya.??

amaniammar said...

salam

tuan,
saya ingin menyatakan jika seluar yg dipakai terkena sesuatu cth 'kon' selalu diletak di tpt letak kereta itu berkeadaan basah selepas hujan, walhal mengetahui atau tidak kd2 anjing akn kencing di kon tersebut. Adakah seluar yang terkena itu perlu disamak atau tidak?
perihal ini menyebabkan was2 dlm hati saya..sekiranya was2 berlaku adakah perlu sy samak seandainya seluar itu telah kering?...

p/s minta reply melalui email sy..terima kasih

Anonymous said...

Kalau kita terduduk atas najis yg masih basah(fresh lagi)..mcm mana nk buat? rsa basah tu smpai ke kulit punggung selepas dibasuh dengan air..dan di lap dgn kain? adakah perlu samak lg kt diri kita nie..

Anonymous said...

bagaimana jika kita dersentuhan dgn kering dan mengenai rambut ??

Anonymous said...

bagaiman kalau terkena gigitan anjing? adakah najis hukumnya?

Anonymous said...

1.suatu hari saya lewat di gg an sempit ketika saya jalan ada anjing Sedang mandi Di atas rumah dan percikan air itu mengenai saya.apakah saya atau pakaian saya menjadi najis 2.ketika ada pakaian yang mengandung najis hukmiyah mughallazah dicuci dalam mesin cuci. Apakah pakain yg lainnya juga najis dan mesin cucinya juga? Tolong ustadz perasaan ini membuat saya gelisah setiap saya beribadah pada allah

Post a Comment