02 February 2010

Kencing Tidak Lawas

Postby g@y@t »

Bagi pesakit beser (kencing tidak lawas) ada ketikanya, semasa solat diwaktu sujud, sedikit air kencing terkeluar. Hal ini terjadi berkali-kali. Sahkah solat jika pesakit teruskan sembahyang kerana jika wuduk diambil lagi, hal sedemikian tetap berlaku.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab

1. Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

2. Madzhab Maliki: dima'afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)

3. Madzhab Hanbali: dima'afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)

4. Madzhab Syafi'iy: majoriti fuqaha' Syafi'iyah berpendapat adalah dima'afkan kencing tidak lawas di atas kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu' Jld 1, ms 266, 292; Mughni alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha' Syafi'iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu' jika diyakini menitisnya air kencing dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi'iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)

Petua Imam alGhazali (fuqaha' Syafi'iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro' yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air kecil.

WaLlahua'lam

thtl for al_ahkam online fiqh services

10 comments:

armouris said...

lagi info tentang kencing tidak lawas di SIHAT SELALU - Masalah Kencing Tidak Lawas

Anonymous said...

Assalamualaikum ,

Saya nak tanya beberapa soalan :

1.Baru-baru ini saya sering berasa seperti ada air keluar di kemaluan saya selepas saya mandi atau buang air kecil walaupun saya telah berdehem dan mengurut- ngurut zakar saya keadaan ini menyebabkan saya sering menyalin baju dan seluar saya .Keadaan ini juga menyukarkan saya untuk melakukan solat kerana sering merasa solat saya tidak sah.Saya ingin bertanya bolehkah saya menggunakan " Pandangan mazhab Malik dan Abu Hanifah; dimaafkan jika najis yang terkena pakaian adalah sedikit iaitu kurang dari kadar keluasan satu dirham (duit 10 sen). Jika melebihi satu dirham tidak haruslah dipakai kecuali setelah membasuhnya terlebih dahulu."untuk memudahkan saya bersolat.

Untuk pengetahuan ustaz keadaan berlaku baru-baru ini sahaja dan saya bakal menduduki spm pada tahun ini dan di sekolah sebelum balik sekolah saya sering membasuh kerusi yang saya duduk kerana saya sering berasa seperti ada sedikit air kencing yang mengalir keluar semasa saya berjalan dan saya bimbang ia menyebabkan kerusi yang saya duduk terkena najis.Saya harap ustaz dapat membantu saya kerana hal ini menganggu tumpuan pembelajaran saya di sekolah .Saya harap ustaz dapat memberi maklum balas dengan segera kerana saya tidak mahu keadaan ini menganggu saya untuk beribadat pada bulan Ramadhan ini dan persediaan spm saya.Sekian terima kasih.


by: muhammad

Admin said...

w'salam

masalah kencing tidak lawas adik boleh gunakan tissue atau apa2 material lain sebagai alas untuk mengelakkan najis mengalir. Solat adalah sah tetapi mesti ambil wuduk setiap kali hendak solat (satu wuduk untuk satu solat).

Anonymous said...

Assalamu'alaikum yg berbahagia Ustaz, setiap percikan air basuhan yang bernajis adakah wajib kita basuh? Sebab untuk mengelak dari terkena percikan air ini bagi saya terlalu mustahil.

Umpamanya:
1- ketika bilas pakaian yang bernajis, maka air dari basuhan itu akan mengercik ke seluar dan baju saya dan ke tempat2 lain
2-ketika basuh selepas buang air besar dan buang air kecil, banyak air yang akan mengercik kena seluar dan sebagainya
3-ketika berkumur dan basuh mulut dari air liur basi, memang ada air yang mengercik kena baju, itu kalau basuh di sinki jika basuh di atas lantai maka kenalah percikan ke seluar pula
4.seterusnay ialah jika saya membasuh permukaan yang terkena najis kemudiaan air basuhan tadi telah terpercik ke seluar saya adakah seluar saya sah untuk dibawa bersembahyang

Bagi saya perkara ini terlalu susah untuk dielakkan, memang terlalu susah, selama ini jika terkena percikan2 dari air basuhan itu memang saya akan basuh keseluruhan baju dan seluar dan jika terkena badan saya akan mandi pula. Perkara ini berlaku tiap2 hari maka tiap2 harilah kena basuh pakaian yg terkena percikan air. Tiadakah keringanan untuk masalah2 seperti ini?

Anonymous said...

Assalamualaikum jika seseorang membasuh apa2 yg terkena najis,
kemudian air itu terpecik pada kita, adakah kita perlu membasuhnya? Bolehkah saya mengikut pendapat yang mengatakan ianya bukan najis

Harap dapat memberi maklum balas dengan segera agar saya dapat memastikan sama ada solat saya sah atau tidak

Anonymous said...

jawapan mane

Admin said...

Kotoran dan najis adalah perkara mudah untuk dibersihkan, perkara remeh sebegini sepatutnya dimaklumi oleh setiap orang mukmin.

sama percikan atau terkena najis dengan cara lain tentukan samada najis itu boleh dilihat atau boleh dicium baunya maka sudah tentulah mesti dibersihkan. Janganlah menyusahkan diri kita dengan najis yang tidak nampak dipandang mata dan tidak berbau kerana ini akan memberi ruang kepada syaitan menghasut kita menjadi bertambah was-was. WA

Anonymous said...

JAZAKALLAH USTAZ

BAKAL SPM 2011( said...

ASSALAMUALAIKUM USTAZ SAYA MASIH RAGU-RAGU TENTANG PERCIKAN YANG NAJIS ATAU TIDAK , BOLEH USTAZ TERANGKAN DENGAN LEBIH JELAS DAN TERPERINCI

HARAP DPT MAKLUM BALAS SEGERA
6 HARI LAGI NAK SPM

BAKAL SPM 2011( said...

dan juga cara untuk menyucikannya (percikan)

Post a Comment