15 January 2009

Lekatan Gam Di Tangan

assalamualaikum,

maafkan saya kerana banyak bertanya kepada panel al ahkam.di sini saya ada dua soalan kepada panel al ahkam.seorang kawan saya bekerja membaiki kasut.setiap kali hendak solat,dia akan berdepan masalah gam kasut yang melekat di tangan.dia mengikis gam tersebut namun masih lagi melekat

ditangannya.persoalannya,bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?adakah solatnya sah sekiranya gam tersebut masih ada ditangannya?

kedua,masalah memberi salam dalam solat berjemaah.dalam solat berjemaah,sudah menjadi tradisi orang islam di kelantan akan memberi salam pertama sebaik sahaja imam baru melafazkan salam yang kedua.

apakah hukumnya perbuatan tersebut?adakah makmun mendapat ganjaran 27 solat berjemaah?

saya mohon pencerahan kepada panel al ahkam.sekian terima kasih.

**************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masalah gam.
- Syarak mewajibkan ketika berwudhuk hendaklah diratakan air pada keseluruhan anggota wudhuk. Gam pula adalah satu jirim yang tidak telus air. Maka wajiblah dihilangkan dahulu gam daripada anggotanya sebelum wudhuk. Dan tidak sah wudhuk jika masih ada gam di tangannya. Boleh dirujuk: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35626 {lihat di bawah}...

- Mungkin boleh diatasi masalahnya dengan cara memakai sarung tangan ketika menggunakan gam. (Fatwa Lajnah Daemah: 12137)

2) Masalah memberi salam.
- Ada kelonggaran, samada makmum memberi salam selepas imam memberi salam pertama, atau makmum memberi salam selepas imam selesai memberi salam kedua. Walaubagaimanapun, yang lebih aula ialah pendapat kedua.
- Memilih salah satu pendapat ini tidak menyebabkan hilang pahala jemaah.

Wallahu A'lam

rujukan: Fatwa Islam Question and Answers kelolaan Syeikh al-Munajjid.

***************

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah hukum memakai minyak rambut jenis "wax". Adakah sah jika mengambil wudhu' ketika memakainya?? Saya juga agak keliru dengan hukum "terhalang air dari terkena kulit dan rambut" ketika mengambil wudhu' misalnya jika tangan seseorang terkena dakwat pen atau gris. Saya berharap agar hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.

Sekian.

*****************
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Memakai minyak rambut, tidak menjejaskan wudhu' kerana yang dituntut dalam berwudhu' ialah menyapu kepala, bukannya membasuh kepala. Firman Allah: "...dan sapulah pada kepala kamu". (Al-Maidah: 6).

Dimaklumi dalam bahasa Arab, bahawa ada beza antara basuh dan sapu. Untuk sapuan, tidak disyaratkan meratakan air pada keseluruhan anggota. Tetapi memadai dengan menyapu anggota dengan tangan yang dibasahi air.

2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.

Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).

Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.

Wallahu A'lam.

10 comments:

Anonymous said...

Salam.ustaz,adakah tiada kemaafan jika sesuatu yg menghalangi anggota wuduk daripada terkena air walaupun hanya sedikit ataupun setitik cat yg kecil?

Anonymous said...

salam ustaz. 2 hari lepas KUKU saya terkena gam. sebelum nak solat, saya dh buang gam tersebut. tp, hari ini,saya sedar yang gam tersebut masih ada di KUKU saya.adakah saya perlu mengantikan solat saya?

Admin said...

kalau kotoran itu boleh dilihat hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Apa yang kita terlepas pandang dengan tidak disengajakan adalah dimaafkan, solat anda adalah sah dan tidak perlu diganti. WA

Anonymous said...

Assalamualaikum. ustaz, adakah sah solat jika memakai spray pada rambut?

namikimura teukieca said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum ustaz. kalau katakan saya terkena ink pen yang susah hendak hilang. adakah wuduk saya masih sah?

Mohamad Faizal said...

salam ustaz.cerita nye skang ni ustaz,bagi kes kena gam kt tangan... tangan bukan anggota wajib wuduk en...adakah kira x sah juga..???guano tu..hehe

Pencari Ilmu said...

salam.. saya ada kemusykilan dalam bab mengambil wudhu.. kalau pkai minyak wangi di pergelangan tgn sblom mngambil wudhu, adakah air wuhdu itu sah?

Unknown said...

Tangan Ada kesan tanah dah X wuduk

Unknown said...

Tagan Ada kesan tanah dah atau tidak wuduk

Post a Comment