16 February 2010

Sentuh Kemaluan Mandi Wajib

Postby allawudden »

Assalamualaikum...adakah batal mandi (junub, wajib) seseorang itu sekiranya tapak tangannya menyentuh qubul atau dubur.? harap moderator menghuraikan persoalan ini. Assalamualaikum



*************************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Selamat datang ke ruangan Soal-Jawab Fiqh al-ahkam online sdr allawudden, Insyaallah kami akan cuba menjawab persoalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada.

Menurut pendapat jumhur ulama', tersentuh kemaluan dengan tapak tangan membatalkan wudhu' iaitu al-hadath al-asghar, akan tetapi ia tidak membatalkan mandi janabah (mandi wajib - bersuci dari al-hadath al-akbar). Perkara-perkara seperti terkentut, buang air kecil semasa mandi dsb tidak membatalkan mandi tersebut, tetapi jika seseorang itu ingin melakukan solat dan seumpamanya, hendaklah membersihkan diri dari hadath kecil dan mengambil wudhu'. Malah menurut Syiekh Ibn Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya al-Sharh al-Mumti’ dan fatawa Utsaimin, jika lebihan air mani terkeluar lagi selepas mandi yang bukan disebabkan oleh ransangan, seseorang itu tidak perlu mandi lagi. Menurut beliau :

"Ia itu jika ia melakukan mandi untuk ini akan sesuatu yang telah keluar (mani), kemudian ia keluar (lagi) semasa dia bergerak, maka dia tidak perlu melakukan mandi semula. Dalilnya adalah : Sesungguhnya sebabnya yang sama (satu sebab), maka tidak perlu melakukan 2 kali mandi.

Kerana ia keluar selepas itu tanpa mempunyai perasaan keseronokan (ransangan), dan mandi tidak diwajibkan melainkan ia keluar disertakan dengan rasa keseronokan" - [al-Sharh al-Mumti’ - 1/281]

Perlu diingat bahawa perkara-perkara yang membatalkan wudhu' hanya memerlukan seseorang itu membersihkan diri dari al-hadath al-asghar (hadath kecil) dan mengambil wudhu' kembali, dan ia tidak sekali-kali membatalkan mandi yang dilakukan keatas al-hadath al-akbar (hadath besar). WA.

wassalam

9 comments:

Anonymous said...

bagaimana untuk mengambil wuduk sekiranya tangan patah dan ianya berbalut dan bersimen.

Anonymous said...

Perlukah kita mengambil wudhu' selepas mandi junub jika kita ingin melakukan solat?Saya pernah mendengar bahawa kita tidak perlu lagi berwudhu' kerana kita telah pun membersihkan mandi junub bagi membersihkan hadas besar sebelumnya dan hadas kecil secara automatik telah terhapus semasa mandi junub tersebut. Benarkah dakwaan sedemikian?

Admin said...

tangan patah bersimen sapukan air dibahagian luar simen untuk wuduk.

Admin said...

sila rujuk cara mandi junub yang sebenarnya. Mandi hadas sebenarnya kena berwuduk sekali di dalammya:

1. masuk dalam bilik air cuci kemaludan dengan tangan kiri.
2. cuci tangan dan berwuduk macam wuduk biasa tinggalkan bahagian cuci kaki dulu...
3. mandi dari bahagian kepala n cuci semua anggota badan sampai selsai.
4. cuci kaki untu wuduk tadi.

selesai mandi hadas dan tak perlu wuduk lagi untuk solat selepas mandi.

ridzman said...

bagaimana jika selepas mandi didapati punyai sekecil kotoran didalam kuku yg x nampak sblm mandinye...adakah mandi junub itu terbatal?

Anonymous said...

bagaimana kalau kita mandi wajib... di rambut kita terdapat minyak rambut yg kita pakai smlam..?

Anonymous said...

penerangan yg baik...terima kasih.

shawal said...

salam...sy nk tnye sah x kalau mandi hadas menggunakan air yang tak cukup kuat/perlahan??
tetapi sy meratakan air tersebut ke seluruh badan...

Anonymous said...

Salam sejahtera buat semua.
Jika sekira nya semasa mandi junub kemaluan tidak di benarkan untuk menyentuh nya,bagaimana pula untuk meratakan air di bahagian kemaluan sendiri?
Jika alat kelamin sendiri tidak di ratakan dengan air, berarti mandi junub TIDAK SAH dan solat juga tidak akan menjadi SAH.Harap maklum.

Post a Comment