26 December 2008

Was-was Air Yang Tidak Merata

Assalamu'alaikum ustaz,
ada satu kes pasal mandi wajib.
selepas si fulan mandi wajib, kemudian dia berniat selesai mandi. Dalam keadaan badan dia masih basah, dia pun pergi nak mencapai tualanya. Kemudia dia terperasan lupa basuh sebahagian daripada badannya, katakanlah telinganya. Kemudian dia pun pergi mengambil air untuk membasuh telinganya.
Adakah sah mandi wajibnya atau dia perlu mengulangi mandinya semula?
Wassalam.

-----------
Salam

Quote:
selepas seorang hamba allah mandi wajib, kemudian dia berniat selesai mandi.

Hmm..saya rasa ada kekeliruan sket dalam statement di atas. Sepatutnya niat sblm dilakukan sesuatu bukannya selepas perbuatan. Namun apa2pun, mandi wajib anda tetap sah walaupun anda 'niat' selepas mandi krn walaupun secara lahiriahnya anda tidak berniat sebelum mandi ttp sebenarnya anda telahpun berniat utk mandi wajib sblm mandi.

Berbalik kpd soalan. Syarat sah mandi ada 2 sahaj iaitu niat dan meratakan air. tidak disyaratkan muwalat(berterusan tanpa putus). Sah mandi anada itu dan tidak perlu diulangi lagi. WA.

Wassalam
_________________
Wassalam
Tahqeeqan

PASS

Tambahan: Niat tidak memerlukan prosedur tambahan atau talaffudz (Lafaz dgn lisan). Ia hanya lintasan hati shj. (Ibn Qayyim, Ighatsah alLahafan)
Bab mandi wajib ni kena belajarlah sikit. Janganlah gopohgapah kerana dia ada sunnah-sunnahnya.
a. Niat
b. menghilangkan najis
c. berwudhu' dan tangguhkan membasuh kaki
d. mulakan bahagian kanan
e. meratakan air dgn menggosok2 seluruh badan termasuk rambut
f. basuh kaki last.
sempurnalah dia. Sikit aje bezanya dari mandi yg rutin. WA

1 comments:

khirwan Mustaqim said...

salam..nk tanya..
sah ke mndi wajib apabila setelah selesai mndi wajib..bru trsedar ade bnda yg menghalang air mengalir rata di bdn??
lg satu..stlh mndi wajib..perasan ade seperti daki trtinggal di telinga..adalah sah mndi wajib td kerana air tidak dpt mengalir di telinga yg brdaki..

Post a Comment