22 January 2010

Kertas Yang Diperbuat Dari Najis Gajah

cikgu73 »


assalamualaikum wmt wkt ahli-ahli panel yang dihormati sekelian

Adakah kertas yang diperbuat daripada 90% najis gajah najis dan membawanya di dalam solat menyebabkan solat batal

wassalam


majalah KUNTUM, keluaran February 2003.
" KERTAS DARIPADA NAJIS GAJAH

Syarikat Ellie Poo Paper di Sri Lanka yang pernah mencuba mengeluarkan kad perniagaan menggunakan 90% tahi gajah, berhasrat
mengeluarkan lebih banyak kertas tulis dan kad nama yang dibuat daripada tahi
gajah, dan mendermakan sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh
untuk melatih penduduknya dalam pelbagai kemahiran. Menurut penyelidikan
di Somerset, England, gajah mempunyai sistem pencernaan yang amat tidak
cekap sehingga 45% daripada makanan yang diambil dikeluarkan semula
bulat-bulat dalam bentuk asal.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
thtl »

wassalam

Jawab:

Najis gajah bila diproses menjadi kertas, maka hilanglah sifat kenajisannya itu. Ia sama dgn kulit bangkai, bila diproses dalam industri tannery (rawatan dan samakan) kulit, maka kenajisannya hilang. Imam Ibn Abidin salah seorang pemuka madzhab Hanafi menulis dalam kitabnya Radd alMukhtar. WA

0 comments:

Post a Comment