08 June 2010

Najis Ikan Dalam Balang

Postby Guest »
:salam

Isteri saya ada bela ikan dalam balang.. dan seperti kita tahu ikan buang najis dalam air (sudah tentu...).

Soalan saya;

Air dalam balang tu jadi najis ke tak?


**********************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Ikan, dalam apa keadaan kita mendapatinya, ia halal di makan. Malahan, kesemua bahagian dari ikan itu halal dimakan. Firman Allah swt :-

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.” [al-Maaidah : 96].

Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam bukunya Halal dan Haram didalam Islam, yang dimaksudkan binatang laut ialah semua binatang yang hidupnya di dalam air. Secara hukumnya, kesemua binatang didalam air ini adalah suci. Sabda Nabi :saw :-

هو الطهور ماؤه الحل ميتته
“Ia adalah air yang membersihkan dan bangkai didalamnya adalah halal”

Disini kita dapat lihat bahawa najis ikan merupakan perkara yang didiamkan hukumnya. Malahan ada dikalangan ulama’ al-Syafie yang mengatakan jika najis ikan tidak mengubah warna dan rasa, maka ia merupakan perkara yang dimaafkan.

Cuma dari segi aspek “bersih” dari segi pandangan manusia, adalah sesuatu yang berlainan. Semua NAJIS itu KOTOR, dan tidak semua yang KOTOR itu NAJIS. Maka, amalan membersihkan balang air ikan, merupakan sesuatu amalan yang baik dari segi aspek hygenik dan sainstifik. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment