06 May 2010

Membersihkan Najis Guna Spray

Postby lipanrebus »

salam,

kalo basuh najis gune spray/penyembur air yg dalam bentuk botol/seumpamanya boleh tak? ke dalil naqli mengkhususkan utk menjirus je.

contoh:
taik cicak kena kat laptop
kencing budak atas lantai
seat kene kencing budak (sikit)
buang air kecil di tandas Western yg gune tisu dan tak selesa gune tisu, tapi ada bawak spray yg boleh menyucikan air tu.

ape pendapat tuan? ade orang tak setuju gune spray, dia kata renjis tu bukan "ghusl" . tapi dalam perintah wuduk "ghusl" jugak, boleh pulak gune spray utk wuduk


*********************************
Postby al-jawhar »

Salam ,

Apa yang penting dalam menyucikan anggota atau tempat yang terkena najis ialah dengan menghilangkan samada bau , warna dan rasa najis tersebut.

Sekiranya dengan menggunakan spray yang dipancit berkali-kali boleh membuatkan ain najis tersebut dan ketiga-tiga sifat yang disebutkan di atas terhapus , maka ianya dikira telah suci.

Perlu diingat , tenpat yang terkena najis tersebut tidak boleh dianggap suci sekiranya ketiga-tiga sifat tersebut tidak terhapus.Ini berbeza dengan kaedah menyucikan air kencing bayi yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya , kerana dalam menyucikan najis tersebut disyarat hanya dengan menrenjiskan sahaja bahagian yang terkena najis tersebut tanpa perlu memastikan hilangnya ketiga-tiga sifat tersebut.

Maka untuk menghilangkan ketiga-tiga sifat najis itu kebiasaannya ialah dengan menggunakan air yang banyak.Adakah dengan menggunakan spray sudah memadai??...

WA

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

1.saya ingin bertanya apakah hukumnya jika kita terpijak najis, tetapi tidak diketahui ianya najis apa, perlukah disamak?

2. bagaimana pula jika kita mengesyakinya najis anjing? Risau pula takut2 ianya najis anjing, tetapi tidak dapat dipastikan ianya najis anjing atau bukan, perlukah disamak?

3. Satu lagi saya ingin bertanya tentang pendapat ini.
Apa jua najis jika sudah kering (terkena pancaran matahari, angin atau hujan) ianya menjadi suci. jika air liur anjing telah kering ianya tidak najis, kerana zatnya pun telah hilang. Malah jika tempat itu basah kembali pun tidak mengapa jika dipijak di tempat yang terkena air liur itu kerana ianya telah kering sebelum itu. Bagaimana pula jika najis anjing yang telah kering (terkena pancaran matahari, angin)? adakah ianya tidak najis juga, memandangkan masih terdapat zatnya lagi di situ? bagaimana pula apabila ianya terkena hujan semula dan menjadi basah kembali?

terima, kasih.

Post a Comment