Postby nur_wasatiah »
assalamualaikum...
sususalan bg soalan SJ-2388: Masaalah keputihan
sekiranya slps habis menunaikan solat... kita dapati terdapat cecair keputihan... tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?
sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby g@y@t »
salam
tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?
Tidak. Krn sdr hanya menyedari selepas solat itu selesai. Kemungkinan keputihan itu keluar seleaps selesai solat. Maka, solat anda sah. Maka berdasarkan kaedah fiqh iaitu 'Keyakinan tidak dihilangkan dgn syak', solat anda sah krn keputihan itu tiada kpeastian bila keluarnya. Maka dikira ia keluar pada tika sdr melihatnya sahaja.(Fiqhus sunnah 1)
sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?
Org yg mengalami penyakit keputihan yg sentiasa keluar ataupun selalu keluar, fuqaha' telahpun menggariskan cara penyelesaiannya iaitu dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatknya dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),"..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan).."(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat)
Maka diqiaskan darah dgn segala benda yg keluar sehingga menyebabkan sukarnya dia mengekalkan wudhu'.
Oleh itu, di sini ada dua perkara yg perlu diketahui. sekiranya sdr tidak melakukan sptmana di atas, maka solat sdr batal dan wudhu' perlu diperbaharui. Sekiranya sdr telah menyumbat atau seumpamanya, solat sdr sah dan abaikan apa saja yg mungkin keluar.
Sekian. WA.
wassalam
RUJUKAN LAIN
Fiqh Islami
Dr wahabh al-Zuhaily
Fiqhus sunnah
Sheikh sayyid sabiq
Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim
Tamamul Minnah
Sheih Nasiruddin al-Albani
Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin Al-Makki
1. Apakah janggut itu syiar Islam sehingga haram mencukurnya?
2. Antara yang paling ringan dalam masalah janggut ialah mazhab al-Syafii
yang mengatakan makr...






10 comments:
salam...
sy mengalami masalh haid yang tidak teratur...
ia keluar selepas seminggu sy mengalami haid...
jadi perlukah sy menggunakan kaedah yang di tunjukkan di atas?
atau sy perlu mandi wajib setiap kali ingin menunaikan solat?
salam...
sy sudah 2 hari saya mengalami maslah haid tidak teratur..
jd sy memikirkan bahawa sy tidak perlu solat..
jd adakah itu tidak menjadi maslah atau sy perlu qada' semula solat yang saya tinggalkan selama 2 hari tersebut..?
Assalamu'alaikum wbt....
Saya nak tanya pasal masalah keputihan ni juga...saya mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar...jadi saya akan membersihkan keputihan itu setiap kali hendak bersolat...tetapi saya tidak menyumbatnya dengan kapas atau memakai panti-liner...saya juga tidak memakai panties untuk mengelakkan keputihan itu terkena pada panties tersebut...sahkah solat saya jika saya hanya membersihkan kemaluan saya dan mengambil wudhu lain tetapi tidak menyumbatnya dengan kapas atau panti-liner (kerana tidak memakai seluar dalam) setiap kali mahu bersolat?
masalah haid yang tidak teratur kena tunggu sehingga haid betul-betul berhenti. Jika haid berhenti sementar kemudian datang semula masih dianggap dalam haid, gugur keperluaan solat. WA
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/habis-haid-tunggu-waktu-3-solat.html.
Masalah keputihan wajib diletak kapas atau panti-liner untuk mengelak terkena kepada bahagin lain pakaian ketika solat. Jika tidak solat dianggap batal.
Hanya perlu cuci dan berwuduk setiap kali solat. WA
assalamualaikum nk tanya... andai kata sudah di letak kapas bgi wanita yg sntiasa keluar keputihan, wuduk nye tu kekal atau tidak?mksud sy selesai solat zuhur kemudian tggal 10minitlgi utk ke solat asar ataupun ketika ingin memulakan bacaan al-Quran,perlukan diangkat semula wuduk itu?terima kasih
perlu dicuci dan perlu berwuduk untuk setiap solat...
Perlukah tunggu masuk waktu asar utk berwiduk semula atau tidak
sah solat tak jika menggunakan seluar dalam bekas keputihan?
salam, sy msih waswas skirnya keluar cecair yg seakn keputihan tetapi bewarna coklat seperti kita semasa penghabisan haid. apakh itu aid atau kputihan??
Post a Comment