15 January 2009

Wanita Haid Dalam Masjid

Assalamualaikum,

Tuan2 Guru yg dihormati sekelian.

a) Saya dan isteri Inshaaalah akan menunaikan fardu haji thn 2004. Dlm SJ-456, pendapat jumhur tidak membenarkan wanita menetap di masjid kecuali Imam Syawkani dan Mazhab Abu Daud Zahiri. Sekarang ini kursus haji yg dianjurkan dan semua pengajian ilmu agama dibuat di dlm masjid. Oleh itu bolehkah tuan guru sekelian

1. mendetailkan 2 pendapat tersebut atau

2. memberikan sumber rujukan pendapat tersebut
supaya dpt. Isteri saya manfaatkanya kerana dia tidak mahu miss kursus dan pengajian di masjid sebagai persediaan ilmu.

b) Jika wanita sedang haid ketika berada di Tanah Suci Mekah bolehkah dia masuk dlm MasjidilHaram hanya utk berdoa shj. (tidak melakukan perkara yg dilarang ketika hadas besar)

Jika hukumnya haram/tidak boleh, harap dapat disyorkan amalan2 yg baik dibuat untuk wanita yg uzur haid ketika berada di sana. Sekian, saya dahului dgn ucapan terima kasih.
*************

Wassalam

Jawab:

Tahniah atas rezki dan peluang yg dianugrah Allah ke atas anda berdua.

a. Inilah adalah pendapat terbaru yg mengenepikan pendapat Jumhur. Adalah dgn ini orang berjunub (termasuk haidh) boleh menetap di mesjid berdasarkan analisa2 yg muktamad. Kita teliti nas-nas yg menjadi sandaran Jumhur.

b. HR Abu Daud dari Aisyah ra dan versi yg sama dikeluarkan Ibn Majah dan atTabrani
(matannya:" sesungguhnya mesjid itu tidak halal buat orang junub maupun haidh.")
Komentar alBaihaqee: hadis ini lemah. Ibn Hazm alAndalusi: hadis ini batil dan kajian alMuhaddith Albani (Dha'eef Sunan Abu Daud # 32) berkata," kedua-dua hadis ini (Aisyah ra dan Ummu Salamah ra) berasal dari Jasyrah bte Dajajah dan ia tidak boleh dijadikan dalil kerana kelemahan perawinya (Jasyrah).

hadis ketiga riwayat Ibn Jarir (tafsir Ibn Jarir pada ayat anNisa': 43) dari Yazeed bin Abu Hubaib (seorang tabi'en), ayat ini menjadi dalil haramnya orang haidh menetap di mesjid kecuali utk melewatinya sahaja. AlMuhaddith Albani menolak hadis ini kerana ia hadis mursal (berasal dari Tabi'in)

Apakah hukum yg muktamad:

Boleh wanita haidh masuk dan menetap di mesjid

Cara thabit hukum:

a) Dalil penafian; yakni tidak ada dalil sahih yg melarangnya

b) Dalil penetapan: HR alBukhari dari Jabir ra," Bahawa Aisyah ra Haji pada Haji Wida' (bersama Nabi saw), ketika rombongan Haji berkhemah di Sarif, baginda dapati Aisyah sedang menangis, maka Nabi bersabda," kenapa denganmu? Apakah engkau Haidh?, itu adalah sesuatu yg telah Allah tentukan ke atas perempuan keturunan Adam. Maka lakukan amalan Haji kecuali tawaf dan solat." [Albani, Tamamul Minnah dan Fatawa al Madinah alMunawarrah]

c. Merujuk pada hadis alBukhari di atas, maka lakukan apa saja kecuali Solat dan Tawaf. WA

0 comments:

Post a Comment