15 January 2009

Bagaimana Si Kudung Berwuduk

Salam

adakah sah wuduk seseorang jika seseorang itu berkaki/tangan kudung??
Wassalam
_______________

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Petapa .

Sebelum diberikan jawapannya , sukalah kami bertanya :  “Orang yang kudung tangan ataupun kakinya itu sekerat manakah ia kudung ? , adakah sekadar di pergelangannya , ataupun di bawah paras siku ? , ataupun di tengah-tengah tapak tangan ataupun kakinya ? “ .
Batas anggota tangan yang wajib dikenakan / dibasuh dengan air wudhuk ialah hujung jari-jemari sampai ke ( melepasi ) siku .
Batas anggota kaki yang wajib dikenakan / dibasuh dengan air wudhuk pula ialah daripada hujung jari-jemarinya sampailah melepasi buku lalinya ( mata kaki ) .

Jadi kalau dia kudung sampai pergelangan tangan sahaja , maka wajib dibasuh bahagian tangan yang masih ada itu sampai melepasi sikunya .

Dan kalau dia kudung kakinya sampai paras separuh tapak kaki ( tapak kakinya terpotong / terputus / hancur ) , maka basuhlah yang masih ada ( tinggal ) sampai melepasi buku lalinya .

Begitulah jika terjadi masalah-masalah yang hampir sama dengan contoh-contoh di atas . Bandingkanlah dengan akal yang sempurna di bawah petunjuk wahyu Ilahi .

Dan sesungguhnya Allah Ta’ala tidak membebankan kewajipan sesuatu amalan itu melainkan yang memang mampu untuk dilaksanakan oleh hamba-hamba-Nya .

Silalah merujuk kembali ke dalam kitab-kitab Fiqh untuk mengetahui masalah ini . Kami cadangkan saudara mendapatkan  FIQH al-ISLAMI WA ADILLATUH  ( oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Wahbah az-Zuhaily ~ sudah diterbitkan oleh DBP ) dan juga  FIQH as-SUNNAH  ( oleh : Almarhum al-‘Allamah Syeikh Saiyid Sabiq rh ~ sudah diterjemahkan ke dalam B. Indonesia ) .


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment