04 January 2009

Buang Angin

1batal smyg kan kentut...tapi rasulullah cakap kentut yg bau dan berbunyi saje batal..bagaiman keluar angin ikut qubul dan dubur tapi xde bunyi dan bau ..die keluar time kite sujudla ..duduk..tu kire kentut atau tak?mazhab ape yg cakap xbatal wuduk or smyg kalau kentut......

2.niat dlm smyg....betulke kalau was2..boleh ikut mazhab lain yg ckp lafaz sahaje,pastu baru angkat takbir? harap membantu
-----

al-Jawab:

1. Kentut memang membatalkan solat. Ia adalah ijma'. Adapun hadith Abu Hurayrah di mana Nabi saw bersabda " janganlah dikau keluar mesjid hingga terdengar bunyi atau tercium bau" bukan bermaksud kentut yang tak ada bau dan senyap, maka tak batal solat. Ini suatu kekeliruan.

Kata Sayyid Sabiq, ia bukan syarat bagi kentut tapi ia suatu petunjuk kepada mereka yg ragu-ragu (syak) samada dia berkentut atau tidak. Jadi cara nak solve atau selesai masalah kentut ini ialah keyakinan bahawa ada angin keluar dan jalannya yg mudah dalam agama ialah bau dan bunyi. RasuluLLah saw beri jalan keluar yg mudah dan telus bagi yg sifatnya ragu-ragu.

Madzhab Hanafi juga berpegang dgn kentut membatalkan wudhu' . Ini orang selalu silap faham bila terdapat khabar angin yg mengatakan boleh ikut Hanafi kerana Hanafi madzhab yg kata kentut tak batal wudhu'. Pendapat yg benar ialah angin yang keluar dari dubur sahaja yang membatalkan wudhu'. Adapun jika angin keluar dari mulut, atau zakar dan faraj, tidak membatalkan wudhu' kerana ia bukan jalan yang sepatutnya. Kalau anda nak pegang dgn pendapat Hanafi ni boleh.

2. Was-was dalam berniat. Cara nak keluar dari was-was dalam berniat bukan pindah madzhab. Cara yang betul ialah mendapatkan ilmu yang rajih (benar) dalam bab Niat. Buku itu ialah Fiqh Niat oleh Dr Sulaiman al-Asyqar dari Jordan (ada terjemahan Indon) juga Fiqh Taharah oleh Dr Qardhawi. Yang paling detail ialah Imam Ibn Qayyim (Ighatsah al-Lahafan) dan Talbis Iblis oleh Ibn Jauzi).

Ringkasan dari kitab2 ini menetapkan Niat tidak memerlukan lafadz. Lafadz itulah punca was-was. Sila browse archive kami scan bawah tajuk Lafaz Niat. WA

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.......kalo kite berwuduk ....tibe2 kite kentut,perlu ke kite ulang or just ...go on dgan wuduk 2.......

Admin said...

kentut juga membatalkan wuduk.

Hillary B said...

I appreciate the time to write this post

Post a Comment