24 December 2008

Wuduk Dengan Menyapu Sepatu

Soalan:

i. Saya ingin mendapatkan keterangan yang rajih mengenai syarat syarat sah wuduk hanya dengan menyapu kasut ( sebagai isyarat mencuci kaki).

ii. Adakah syarat 2 termasuk.

-i kasut mesti kasut kulit.

-telah menjadi kelaziman mengekalkan wuduk

Sekian terima kasih.


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Dalil sapu khuf ialah:
HR Bukhari dari Urwah bin Mughirah ra, " aku bersama Nabi saw dalam suatu perjalanan. Aku bermaksud membantu membukakan khufyah (kasut) Nabi saw. Beliau bersabda," biarkan kedua sepatu itu kerana aku memasukkanya (kaki baginda) dalam keadaan bersih ." maka baginda menyapu keduanya (khufyah itu).

Fathul Bari 1/309 menghuraikan bukan sahaja terhad pada khufyah (kasut kulit nipis di zaman silam) bahkan apa jua yg disarungkan pada kaki, seperti stokin baik jenis cotton, wool, nylon, tebal atau nipis semuanya boleh disapu. Imam Ibn Hazm (alMuhalla 1/266) mengenakan syarat stokin itu ditenun rapat benangnya (tidak jarang) dan boleh dibuat berjalan (cthnya dalam rumah atau mesjid)

Cara: semasa kaki disarungkan stokin itu ia dlm keadaan bersih (berwudhu') dan valid (sah) sehari (24 jam) untuk non-musafir dan valid 3 hari-3 mlm untuk yg bermusafir. Jika dia membuka stokin itu untuk buang air, maka tidak boleh lagi sapu sepatu. (Majmu', 1/520) Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment