04 January 2009

Perbuatan Mengulang 3 Kali

Salam

Pertama skali,sy ingin mengucapkan berbyk terima kasih atas jawapan yg telah diberikan bg soalan sy yg bertajuk "wudhu'".
Namun,sy mempunyai bbrp kemusykilan mengenainya lg.Harap tidak keberatan menjawabnya.

1. Didlm hadis yg diberikan, dinyatakan bahawa perbuatan mengulang 3 kali perbuatan wudhu' secara jelas dilakukan Rasullullah s.a.w. Namun, dlm apa yg sy pelajari, mengulang 3 kali itu hanya sunat. Jika is dilakukan Rasullullah,mengapa ianya hanya dianggap sunat? Mohon penjelasan.

2. Dari apa yg sy pelajari juga, setiap perbuatan sunat mengulanginya 3 kali. Tetapi di dlm hadis yg diberikan, perbuatan spt berkumur2, memasukkan air ke dlm hidung dan juga menyapu air ke kepala tidak dinyatakan mengulangi sebyk 3 kali. Harap dpt pencerahan.

Terima kasih.
--------

Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,

Firman Allah SWT (5:6)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki."

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَتَوَضَّأْ كَمَا أَمَرَكَ اللَّهُ

"Jika kamu hendak bersolat mestilah kamu berwudhu' seperti yang disuruh oleh Allah SWT" (H.R Tirmizi, Abu Daud dll, dinilai Sahih oleh Imam Nawawi dan Albani)

1) Ayat wudhu' di atas menunjukkan perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa berwudhu'. Dan hadis di di atas pula menunjukkan perkara wudhu' lain yang tidak disuruh di dalam ayat wudhu' adalah sunat. (al-Majmu' oleh Imam Nawawi: 1/427)

Telah sahih diriwayatkan dari Nabi SAW pernah berwudhu dengan sekali basuh dan berwudhu dengan dua kali basuh. Dan pernah juga membasuh dua kali pada satu anggota dan tiga kali pada anggota lain. (Zadul Ma'ad Oleh Ibn Qayyim: 1/185)

Dengan itu, berwudhu' dengan membasuh 3 kali adalah sunat, bukanlah perkara wajib.

2) Terdapat hadis diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali. (Sahih Bukhari: 1/336)

Dan tidak ada hadis sahih yang menyebut Nabi SAW menyapu kepala sebanyak 3 kali semasa berwudhu. (Zadul Ma'ad Oleh Ibn Qayyim: 1/186)

Wallahu a3lam

0 comments:

Post a Comment