24 December 2008

Kencing Tidak Tus

assalamualaikum,

Masalah mengenai air kencing yang tidak tus. Selepas saya mandi, saya ada mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat.. tetapi selepas saya sudah bersiap sedia untuk mendirikan solat, air kencing saya meleleh sedikit. Begitu juga semasa saya sedang mengerjakan solat, terutamanya semasa sedang rukuk, hal ini sering berlaku apabila apabila saya selesai membuang hadas kecil/ selepas mandi.. apakah sah solat saya ustad? apakah saya patut meneruskan solat atau perlu mengambil air solat (wudhuk) semula?. dan sungguh membebankan, kerana pernah suatu ketika saya terpaksa
mengambil air wudhuk berkali-kali kerana air kencing saya yang keluar sedikit setiap kali selepas sahaja saya ambil wudhuk walaupun saya sudah mengetuskannya dan juga menukar seluar dalam saya berhelai-helai kerana tidak pasti apakah wudhuk yang pertama tadi sah/batal disebabkan terkeluarnya sedikit air kencing saya itu....dan saya hampir tidak, dapat kekhusukan solat pada masa itu kerana terpaksa solat berulang-ulang kali kerana ketidaktusan air kencing saya... mengenai seluar dalam yang saya pakai itu, apakah saya patut menukarkannya dengan yang lain atau saya harus menyiramkan keatasnya sahaja. kerana saya hampir kedaruratan seluar dalam kerana kerap menukarnya setiap kali air kencing saya tidak tus walaupun hanya 1/2 titik sahaja... dan bagaimana pula jika air yg tidak tus itu selain air kencing, contohnya air mazi. apakah hukumnya sama seperti air kencing?...harap ustad dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. terima kasih...aby2k1

Wassalam


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

1. Nampaknya penyakit kencing tidak tus anda ini agak serius dan kami tidak tahu samada anda hanya membiarkan sahaja (penyakit ini) tanpa mendapatkan khidmat pakar atau mencuba beberapa jenis medication di pasaran, antaranya ubat persediaan herba spt Saw Palmetto, Homeopathy, urut-refleksologi, dsbnya.

2. Jika ia serius begini, kami syorkan anda menggunapakai Fatwa Imam alHafeedz Ibn Qayyim aljauzea rh (Makaid asySyayaatin) supaya anda hanya menggunakan satu wudhu' untuk satu kali solat sahaja. Jika anda merasakan ada kencing menitis juga, ia dianggap umum albalwa (kesulitan yg sukar dihindari), yg dima'afkan.

3. Untuk mengelakkan penggunaan underwear yg banyak, kami syorkan anda menggunakan panty-liner (selalunya digunakan oleh orang perempuan) atau kertas tissue untuk melapik underwear anda. Jika ada titisan yg keluar, ia diserap oleh panty-liner atau tisu dan anda tidak perlu menukar underwear. Jika tidak mahu menggunakan panty-liner, maka anda perlulah menukar underwear setiap kali solat.

4. madzi juga najis dan jika ia sentiasa meleleh di luar kawalan, maka gunakan tatacara yg sama dari no 1-3 (waLlahu a'alam)

5 comments:

Mohd said...

salam

saya nak tanya adakah perlu menukar tisu tersebut setiap kali solat?

aizuddin said...

W'salam

ya maksudnya memang kena tukar tisu setiap kali solat, untuk elak tukar underwear setiap kali solat...

Anonymous said...

Bagaimana pula niat wudhuknya?adakah seperti biasa atau niat mengharuskan sembahyang seperti masalah salisilbaul?

Admin said...

Niat wuduknya sama sahaja dengan wuduk biasa.

Anonymous said...

saya ada masalah yg sama cuma ia kdg2 trjadi.kalo trjadi pun xde sampai setitis cuma ada kesan titik basah skit je.ia berlaku biasanye lepas mandi.utk pgetahuan ustaz,saya xde masalah kencing tak lawas & itu juga merunsingkan saya sama ada itu air kencing atau bukan.saya sentiasa mengamalkan makan produk kesihatan tp xde pun perbezaan.kalau dilihat pada lubang saluran kencing tu kadang2 ada air sedikit dan bile ditekan2,kluar sdikit je x sampai 1/2 titis.hrp dpt bantuan pjelasan dri ustaz.

Post a Comment