04 January 2009

Apakah Kayu Sugi Sama Dengan Berus Gigi

Salam

1. Apakah kedudukan berus gigi boleh disamakan dengan kayu sugi?

Wassalam
--------

Wassalam

alJawab:

Mengikut Dr al-Qardhawi, sama saja. Beliau membahaskan dalam kitabnya Kayfa Nata'amalu ma'aa asSunnah (bgmn berinteraksi dgn sunnah) pd fasal perbedaan antara anjuran yang berubah dan tujuan syari'at yang tetap.

Kayu sugi yang datang dari ranting pokok arak, sa'd atau asynam itu adalah alat bersugi dan yang dikira ialah tujuan bersugi itu iaitu kebersihan oral (oral hygiene).

Jadi berus gigi moden dan kayu sugi (dari ranting pokok arak) itu kedua-duanya sampai kepada maksud syari'at iaitu kebersihan mulut.
Jika kita katakan kayu sugi itulah tujuan sunnah atau syari'at, maka ia sudah tentu akan menyulitkan ummat yang bukan arab (ajam) kerana kayu arak atau kayu sugi itu tidak tumbuh di negara2 mereka, cthnya Malaysia, pokok sugi ini tidak ada.

Sama juga dengan pakai capal Nabi saw atau pakai sepatu moden? Naik unta atau kapalterbang ke Mekah...Nabi guna surat menyurat, dan kita guna internet dan SMS. sekian

3 comments:

safwan yg prihatin said...

kayu sugi berlainan sekali dgn berus gigi walaupun tujuannya sama.
apa2x cara sahaja yang terbaik akan ALLAH perintahkan supaya nabi buat. jika ALLAH mahu boleh sahaja berus gigi tercipta di zaman nabi.
Kini kayu sugi mudah didapati di Malaysia.

Anonymous said...

setuju dgn safwan..
tolong jgn ikut logik akal kerana ia akan menyesatkan.. ikutlah Quran n Sunnah..

Anonymous said...

Apakah jenis kayu sugi yg dipakai oleh baginda s.a.w? Itulah Kayu Ara dan Zaitun. Fadhilat sugi sebenarnya bnyk terkandung dlm kayu2 jenis ini.
Salah faham telah berlaku dlm masyarakat kita hari ini. Kita anggap zaman Rasulullah tidak ada wujud lagi berus gigi. Pada hal berus gigi sudah pun wujud di zaman Rasulullah s.a.w tetapi baginda tetap memilih kayu sugi utk bersiwak atau bersugi.
Tuan2, dlm sunnah pasti ada kejayaan. Kita tak perlu tanya kenapa baginda tak pakai berus gigi sebaliknya kayu ara dan zaitun. Kita ikut saja buta2. Dlm semua Sunnah pasti ada kejayaan. Segala perbuatan, penampilan, dan percakapan Nabi s.a.w adalah kesukaan Allah. Allah pernah berfirman “Katakanlah Wahai Muhammad, sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, Nescaya Allah akan mencintai kamu. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang” Jelas Allah beritahu dlm Quran utk dapat cinta Allah mesti ikut Nabi s.a.w. Yakni ikut sunnah baginda s.a.w tanpa bnyk soal. Dlm kaedah bersugi juga, gunalah kayu sugi yg asli lebih afdal.

Post a Comment