15 January 2009

Pakaian Mandi

Salam
Setahu saya, mandi tanpa pakaian adalah makruh dan sunat jika berpakaian. Soalan saya:

1. apakah batas2 tubuh yg perlu ditutup untuk mendapatkan pahala sunat tersebut?

2. adakah masih mendapat pahala sunat sekiranya kita menanggalkannya ketika hendak sabun?

Saya harap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran...

Wassalam
******************

Salam

Terima kasih dengan soalan saudara. Insya Allah kami akan cuba menjawabnya setakat mana yang kami mampu.

Hukum mandi tanpa pakaian atau telanjang adalah harus sekiranya kita mandi sendirian kerana Nabi Musa as mandi dengan telanjang. Begitu juga Nabi Ayub dalam hadis berikut:

‘Sewaktu Nabi Ayub a.s. mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayub pun segera hendak mengambil kainnya, maka dia pun dipanggil oleh Tuhannya Yang Maha Keramat dan Maha Tinggi: “Hai Ayub!
Bukankah engkau telah cukup kaya hingga tak memerlukan lagi barang yang kau lihat itu?” Ujar Ayub: ‘Benar, demi kemuliaan-Mu! Tapi daku tak dapat mengabaikan berkah-Mu.”
(H.r. Ahmad, Bukhari dan Nasa’i).

Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud:
"Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."

Kesimpulannya, mandi telanjang itu hukumnya harus.

Wassalam

Rujukan

Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu
Terjemahan DBP Jilid 1

0 comments:

Post a Comment