15 January 2009

Keputihan

Salam

Tanya bagi pihak wanita..isteri khasnya:

Telah diketahui bahawa keputihan dimasukkan dalam syarat darah istihadzah- Soalanya

1. Jika keputihan ini kerap keluar..maksud saya semasa solat atau selepas mengambil wudhu sehingga terpaksa kerap mengambil wudhu (4-5kali) dlm masa terdekat. Keluarnya keputihan ini pula tak menentu kejap ada, kemudian tiada tanda untuk keluar lagi, bila tunggu tak keluar...wanita tsbt mengambil wudhu dan sedia mendirikan solat..beberap minit kemudian ia keluar pula...

Keadaan ini menyusahkan jika wanita tersebut berada dalam masjid dsbnya....khasnya masjidil haram...apakah ada sebarang fatwa yang memudahkan..krn keputihan jenis ini melibatkan masaalah penyakit/kesihatan.

Wassalam
******************

Wassalam

Jawab:

Apa jua yg keluar dari dua jalan membatalkan wudhu'. Jika ianya bukan haidh dan nifas spt cecair keputihan, maka dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatkannya dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),"..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan).."
(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat) WA

4 comments:

Hakimy Zamri said...

assalamulaikum ,
saya ingin bertanya berkenaan mandi wajib ,
soalannya:

a)adakah seorang wanita itu perlu mandi wajib jika dia merasakan dirinya keluar air mani , bkn haid atau keputihan ?

terima kasih :) wasalam . . .

Admin said...

w'salam

ya keluar mani wajib kena mandi hadas.

Unknown said...

assalamualaikum wbt. saya nak tanya. waktu di sekolah agama, saya difhmkan bahawa boleh solat tanpa walaupun ada keputihan yg melekat. maka sekiranya saya mengalami kesusahan utk solat seperti di luar(selain rumah) saya akn terus berwuduk dn solat walaupun ada keputihan. adakah sah solat saya?

Anonymous said...

assalamualaikum,
ana nak tanya, sah tak solat wanita seperti yg dikatakan nurul iman?

Post a Comment