26 December 2008

Niat Wuduk Semasa Mandi Wajib

assalamualaikum,

1. apakah niat wuduk masa mandi wajib?

2. apakah kita tidak perlu mengambil wuduk sekali lagi sekira hendak menunaikan solat selepas mandi wajib tersebut?


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
1. Niat wudhu adalah sama pada semua keadaan samada dari perkara sunat hinggalah perkara wajib.

2. Tidak perlu sekiranya wudhu' itu masih sah/tidak batal (Nailul Awtar, Syaukani)

Dari Aisyah R.A, apabila melakukan mandi junub selepas melakukan jimak, baginda akan memulakan dgn membasuh tangan. Kmdn baginda S.A.W akan menuangkan air dari tgn kanannya ke tgn kiri dan membasuh alat sulitnya, kmdn baginda S.A.W akan berwudhu’, lalu mengambil air sambil meletakan jari-jarinya di hujung akar rambut utk memastikan bahawa kulit kepala itu ara, kmdn menjiruskan air ke atas kepala sebanyak 3 kali dan kemudiannya menjiruskan air ke seluruh tubuhnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan;
Fiqhus Sunnah Jilid I, Sayyid Sabiq
Fiqh Islami, Wahbah zuhaili

Wassalam

---------------------------------------
Jawapan atas Jawapan:

Kita menyusun kembali jawapan sdr Zayed

1. Niat wudhu’ semasa mandi wajib
Ini khilaf fiqhi. AlQadhi Abu Bakar Ibn Arabi (syarh Sunan atTermidzi) berpendapat ijma’ fuqaha’ (suquti) bahawa Niat wudhu’ dimansuhkan dan Niat Janabah sudah memadai.

Ijma’ ini dibantah oleh Abu Tsaur dan Daud Zahiri yg mewajibkan wudhu’ walaupun mandi.

AlMuhaddith Albani (Tamamul Minnah) juga membantah ijma’ ini dan menetapkan amalan yg Sunnah ialah Nabi saw berwudhu’ sebelum mandi janabah. Dalilnya: HR Syaikhan dari Aisyah ra “ RasuluLLah saw jika mandi janabah, membasuh kedua tangannya dan berwudhu’ spt wudhu’nya solat dan kemudian barulah mandi..”

Menjawab soalan anda: Niat wudhu’ tidak wajib menurut ijma’ (nukilan Ibn Arabi)
Berwudhu’ diwajibkan menurut tahqeeqan Albani (yakni sebelum Mandi)
Perbahasan tentang niat itu sudah dipaparkan sebelum ini. Ia hanya lintasan hati dan bukannya lisan.

2. Tidak perlu berwudhu’ lagi menurut ijma’ sukuti
Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, anNasa’iy, atTermidhzi, Ibn Qudamah alMaqdisi: alMughny 1:122, Imam syaraf anNawawee, alMajmoo’: 2: 195; Sunan Ibn Majah 1:20
“ Adalah RasuluLlah saw tidak lagi berwudhu’ selepas mandi janabah.”
Hadis ini dinilai Mauquf oleh Albani, hanya athar dari Ibn Umar ra.

Pada pendapat kami, ikutilah Sunnah Muhammad saw dalam Mandi Janabah, yakni berwudhu’ sebelum Mandi. Cuma ditangguhkan membasuh kaki kerana ia dilakukan sebagai penyudah.

(tahqeeq Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal) juga dari tatacara oleh alImam Ibn Qudamah alMaqdisi: alMughni: 1/217). Juga Prof Hasbi Siddiqiey, Hukum2 Fiqh Islam: Jld 1, Masalah 69. WA

1 comments:

Deli24 said...

tq 4 the information

Post a Comment