28 January 2010

Apakah Ukuran Bekas Untuk Air Mutlak?

Postby g@y@t »

Apakah ukuran bekas untuk air mutlak ?



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah

Tidak ada ukuran bekas untuk air mutlak, air mutlak ialah air yg suci lagi menyucikan atau bebas najis. Jika ia satu cawan atau satu tangki, ia adalah tetap air mutlak. Jika air musta'mal bercampur dengan air mutlak, tapi nisbahnya kurang daripada air mutlak, ia tetap suci lagi menyucikan. (Ibn Qudamah, al Mughni:jld 1, ms 20-21)

Jika najis termasuk kedalam bekas air mutlak, maka masuklah kita ke dalam permasalahan air dua kolah.

Tapi menurut Imam Malik, Ibn Abbas, Awza'iy, Thauri, air mutlak tetap boleh digunakan jika masih tidak ada perubahan warna, bau atau rasa. Ini adalah bab khilafiah, tapi sila rujuk perbahasan air dua kolah yang disiarkan oleh ahkam online sebelum ini (paparan May 98) Ruj: Ibn Qudamah al Hanbali (al Mughni), Jld 1, ms 20-25.

sekian

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamualaikum,

Sekiranya kimia atau air arak seperti dari jenis vodka, tertumpah artau dimasukkan ke dalam air mutlak, dan ia tidak terjejas dari segi warna, bau atau rasa, apakah hukumnya?

Anonymous said...

di kampung, ada kolah yg diguna utk mandi .... kdg2 sewaktu mandi, air ade termasuk sdikit ke dalam kolah.... air kolah itu boleyh ke diguna untuk berwuduk dan mandi wajib? kerana di kmpung sukar mendapat air,.....

Post a Comment