24 December 2008

Had Waktu Berhadas Besar

assalamualaikum...

yg mulia ustaz,

Saya pernah terbaca di dalam sebuah artikal sedikit waktu dahulu bahawa, jika seseorang itu berhadath besar dari waktu malamnya (dgn sebab berjunub dan sebagainya), dan keesokan harinya, dia ingin berpuasa sunat (Hari Isnin & Khamis @ sebagainya), maka dia boleh mengangkat hadath besar tersebut selewat-lewatnya sebelum selesai waktu solat fardhu Subuh. Maknanya dia mengangkat hadath tersebut melangkaui waktu permulaan berpuasa sunat (sebelum masuk waktu subuh). Dan hukum puasanya adalah sah.

Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan yang lanjut mengenai perkara ini. adakah di sana kedapatan pendapat @ kaul ulamak mengenai perkara tersebut? jika kedapatan, mohon ustaz berikan dalil (ayatullah & hadith Nabawi @ sebagainya)... dan sekiranya tiada, apakah hukum ibadah puasa terbabit?

sekian, wassalam...


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Hukum mentaakhirkan junub adalah Harus.

Dalil:
HR Bukhari (syarah al Ayni 3/243) dari Aisyah ra, meriwayatkan bahawa Nabi saw pernah tidur dalam keadaan junub dan tidak menyentuh air."
Juga dalam Syarah Asqalani lil Sahih Bukhari 1/349, Sunan Abu Daud 1/106, Sunan anNasa'iy (1/176) juga dari Aisyah ra bahawa kadang2 Nabi saw mandi (junub) di awal malam dan kekadang di akhir malam (waktu fajar).

2. Hukum berada dalam junub di waktu bepuasa. hukumnya juga harus.

Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra," bahawa Nabi saw berada dalam keadaan janabah sedang baginda berpuasa, kemudian beliau mandi."
WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment