15 January 2009

Menyiram Kepala 3 Kali Mandi Wajib?

Salam

Tumpang tanya, adakah menyiram kepala 3 kali ketika mandi wajib itu sunat ataupun wajib? Kerana saya ada membaca hadith yg menyatakan perilaku itu ada dalam mandi wajib. Dan sekiranya mengunakan shower/paip getah untuk mandi wajib, masih perlu dilakukankah perkara itu?

Terima kasih
*****************

Wa'alaikumussalam sdr AHelmi.

Alhamdulilah. Dipersilakan untuk tumpang bertanya, kami di al-ahkam akan cuba menjawabnya dengan semampu kami. Mengenai persoalan mandi wajib, elok juga kita melihat kembali apakah dia rukun mandi wajib. Mohammad bin Jamil Ziinuu didalam bukunya Syarh Arkaan Al-Islam wa Al-Imaan (ms 52)[1] menyatakan :"Tidak sempurna hakikat Mandi menurut syara' melainkan 2 perkara:

a. Niat
b. Mandi seluruh badan."

Memang benar terdapat beberapa hadith yang menunjukkan membasuh kepala 3 kali didalam mandi wajib, dan diantaranya ialah hadith dari Umm Salamah berkata:



حديث أم سلمة رضي الله عنها قالت : قلت : يا رسول الله إني امرأة أشد شعر رأسي ، أفأنقضه لغسل الجنابة ؟ قال : " لا إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات " رواه مسلم برقم ( 330 ) }



"'Saya berkata, ya Rasulullah, sesungguhnya aku seorang wanita yang membuat (mengikat) rambut, haruskah saya menjatuhkannya untuk mandi janaabah?' Baginda berkata :'Tidak, adalah mencukupi bagi anda menuang air 3 x diatas kepada anda" - Riwayat Muslim:330.

Fatawa al-Sheikh Abdullah ibn Humayd (ms. 53) [2] mengatakan bahawa "jika rambut diikat (dibuat) maka anda boleh membasuhnya dan pastikan air sampai ke kulit kepala dan juga memasuh bahagian yang lain. Ini adalah wajib. Syarat mandi janabah ialah air harus mencapai ke seluruh bahagian badan, termasuk rambut."

Ulama mengkategorikan membasuh anggota badan, termasuk kepala 3 kali adalah sunat. Yang penting basuhan itu diyakini mencakupi seluruh badan termasuklah kepala, baik pakai pencedok atau pun menggunakan paip atau shower.

Bekas Mufti Arab Saudi, Ibn Utsaimeen[3] (ms.11) mengkategorikan mandi janaabah ini kepada 2 jenis : iaitu yang memadai dan mencukupi (صفةٌ مُجزِئَةٌ ، وصفةٌ كاملةٌ ).



[color="#0000ff" size="3"]أما الصفةُ الْمُجزِئة فأَنْ يتمضْمَضَ ويستنشِق ويَعُمَّ بدَنَه بالماء ولو دُفعةً واحدةً ولو ينغَمِس في ماءٍ عميقٍ .

a. Dikatakan mandi (gusl) yang memadai ialah membasuh mulut (kumur-kumur) dan hidung, kemudian membasuh seluruh badan, walaupun ia bermakna merendamkan diri didalam air yang dalam sekali lalu.



[color="#0000ff" size="3"]. وأمَّا الكاملة فهي أنْ يغسِل فَرْجَه وما تلوَّثَ مِن آثارِ الجَنابة ثُمَّ يتوضَّأ وُضوءاً كاملاً ثُمَّ يَحْثُو الماء على رأسه ثلاثاً حتى يروِيَه إلى أصول شَعْره ثم يغسل شِقَّه الأيمنَ ثُمَّ شِقَّه الأيسرَ

b. Bagi mandi yang mencukupi (Kaamilah) atau sempurna bermakna membasuh anggota kemaluan dan mana-mana bekas janaabah (yg tidak suci), kemudian melakukan wudh' yang sempurna, kemudian menuangkan air 3 kali diatas kepala, memastikan ia sampai ke urat rambut. Kemudian membasuh badan sebelah kanan dan diikuti bahagian badan disebelah kiri.

Menurut Ibn Qudaamah didalam Al-Mughni (1/217) [4]:



[color="#0000ff" size="3"]وَلِغُسْلِ الْجَنَابَةِ صِفَتَانِ : صِفَةُ إجْزَاءٍ , وَصِفَةُ كَمَالٍ , فَاَلَّذِي ذَكَرَهُ الْخِرَقِيِّ هَاهُنَا صِفَةُ الْكَمَالِ . قَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا : الْكَامِلُ يَأْتِي فِيهِ بِعَشَرَةِ أَشْيَاءَ النِّيَّةِ , وَالتَّسْمِيَةِ , وَغَسْلِ يَدَيْهِ ثَلاثًا , وَغَسْلِ مَا بِهِ مِنْ أَذًى , وَالْوُضُوءِ , وَيُحْثِي عَلَى رَأْسِهِ ثَلاثًا يُروِّي بِهَا أُصُولَ الشَّعْرِ , وَيُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ , وَيَبْدَأُ بِشِقِّهِ الأَيْمَنِ , وَيَدْلُكُ بَدَنَهُ بِيَدِهِ , وَيَنْتَقِلُ مِنْ مَوْضِعِ غُسْلِهِ فَيَغْسِلُ قَدَمَيْهِ . وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُخَلِّلَ أُصُولَ شَعْرِ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ بِمَاءٍ قَبْلَ إفَاضَتِهِ عَلَيْهِ .

"Terdapat 2 cara melakukan mandi bagi membersihkan diri seseorang dari Janaabah, salah satu diantara keduanya adalah mencukupi, dan yang lagi satu adalah cara yang terbaik. Apa yang Al-Khiraqi menyebut disini adalah cara yang terbaik. Beberapa para sahabat berkata : cara terbaik termasuklah 10 perkara : niat, membaca Bismillah, membasuh tangan 3 kali, membasuh kotoran yang ada, melakukan wudhu', menuangkan air ke kepala 3 kali dengan memastikan ia sampai kepada akar rambut, menuangkan air kepada bahagain yang selainnya, memulakan dengan bahagian kanan, memgosok-gosok badan dengan tangan dan bergerak dari tempat yang telah dimandikan sehinggalah kekaki. Ada penting memastikan bahawa air mencapai ke akar rambut diatas kepala seseorang dan janggut/jambang sebelum menuangkan air dikeseluruhannya."

-wassalam-

=========

Rujukan :

1. Mohammad bin Jamil Ziinuu. Syarh Arkaan Al-Islam wa Al-Imaan cetakan ke 6. Makkah : Dar Al-Jami' Al-'Alami, 2001. 2
2. Sheikh Abdullah ibn Humayd. Fatawa
3. Sheikh Muhammad ibn Salih al-'Utsaimeen. I'laam al-Musaafireen bi Ba'd Aadaab wa Ahkaam al-Safar wa ma yakhuss al-Mallaaheen al-Jawwiyyeen. Riyad, 2000
4. Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi. Al-Mughni. Beirut : Dar Al-Fikr, 2000

0 comments:

Post a Comment