21 January 2010

Samak Tersentuh Makanan Yang Ada Khinzir

MicroScript »

Assalamu'alaikum Warah Matullah

Adakah jika kulit kita tersentuh makanan cina yang ada babi atau minyak babi - wajib di samak?
Adakah jika dibasuh dengan sabun sudah memadai bagi mengganti samak (7kali tanah) ?


JazakaLlah


*************************************
thtl »

Jwb:

1. Kalimah 'samak' sering digunakan untuk najis anjing dan babi. Maka mulai sekarang kita ingin memperbetulkan penggunaan istilah samak dalam taharah. Sebenarnya istilah samak tidak ada dalam bab taharah najis, melainkan ia hanya digunakan dalam industry tannery (kulit) untuk dijadikan barangan kegunaan spt beg, talipinggang dan purse. Jika kita menggunakan kalimah samak untuk jilatan anjing dan babi akan mendatangkan konotasi kesulitan dan kepayahan yg amat sangat. Ini kerana untuk menyamak kulit mentah menjadi barangan siap adalah suatu proses yg rumit. maka istilah yg releven untuk najis anjing-babi ialah membersih atau menghilangkan najis juga spt najis yg lain,

2. Jika tersentuh makanan yg berasaskan khinzir, maka hendaklah dibasuh dgn air sebanyak 7 kali dan salah satunya ialah dgn tanah. Ini adalah pendapat Syafi'iyah. Saya tidak cenderung dgn pendapat ini (Syafi'iyah) bahkan pendapat Malikiah lebih rajih kerana nas hanya menyebut anjing dan tidak babi. Adapun mengqiaskan babi dgn anjing adalah tidak sah menurut malikiah. Namun saya akur dgn sensitiviti umat Islam Nusantara yg sudah menerima qias kenajisan anjing dan babi sebagai sama. Maka jika diterimapakai pendapat Syafi'iy dan Ahmad, maka menggunakan basuhan air tanah dalam tujuh basuhan itu dianggap wajib dan tidak boleh diganti dgn sabun. (Fatwa Indonesia, M Quraisyi Syihab)

7 comments:

hito said...

salam wrt...kalau tersentuh babi dan sewaktu dengannya, kemudian memegang benda lain; perlukah menyucikan benda tersebut juga? jazakallah

Admin said...

bergantung kepada keadaan najisnya... najis bermakna kekotoran... kalau najis yang tak nampak dipandang mata, tak boleh dicium batu kotorannya tak perlu disamak, kalau was-was cuci sahajalah. Ini apa yang kita amalkan dalam mazhab Shafie.

Anonymous said...

bagaimana pula terkena minumam perisa strawberry?
(minuman ini ialah protein shake yang menggunakan babi dalam prosesnya)
tapi bau pun strawberry dan warna merah jambu.
adakah perlu sertu juga?

Anonymous said...

tambahan untuk soalan di atas.
babi bukanlah bahan utama dalam protein shake itu.
tapi cuma tambahan.

Anonymous said...

assalamualaikum..
bagaimana sekiranya kita tersentuh plastik makanan (popia)yg di dalam nya mengandungi campuran daging babi?? adakah perlu di samak??

Maishara Mansor said...

assalamualaikum,
adakah wajib samak sekiranya tersentuh bulu anjing sebelum seseorang itu cukup umur atau baligh

Maishara Mansor said...

assalamualaikum,
adakah wajib samak sekiranya tersentuh bulu anjing sebelum seseorang itu cukup umur atau baligh

Post a Comment