28 January 2010

Barangan Dari Kulit Khinzir

g@y@t » Jun 13th, '03, 15:09

Assalamu'alaikum

Soalan saya begini:

1) Apakah hukum menyentuh barangan yang dibuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti berus cat, kasut, beg dan sebagainya oleh sebab pada mulanya kita tidak mengetahui yang barangan tersebut diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir kerana tiada label dan hanya mengetahui setelah dengan lebih dekat?

2) Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?


*******************************************
Jawaban:

Pertama: Hukum barangan kulit drpd khinzir.

Jumhur fuqaha' (Syafi'iy, Maliki, Hanbali dan Hanafi) mengharamkan kulit khinzir walaupun sesudah disamak (tanning process) kerana ia tergolong dalam najis berat (mughalazzah)(Fatwa Prof.Mutawalli Sya'rawi (anta tasal wa Islam yujib).

Fatwa Majlis Tertinggi Urusan KeIslamam Mesir dalam kitab: al Muntakhabu minas Sunnah jilid 9, menjelaskan haram menggunakan kulit khinzir walaupun setelah disamak kerana haramnya babi ialah pada lafaz umum ayat alQur'an iaitu haramnya khinzir kerana zatnya ('ain).

Fuqaha' yg membolehkan ialah Imam Syaukani (Nailool Awthor), Zahiri (Ibn Hazm, alMuhalla) dan Imam Abu Yusof (madzhab Hanafi). Perselisihan fuqaha' ini disebabkan ada nas hadis yg saling berlawanan. Imam-imam yg mengharuskan memanfa'atkan kulit khinzir juga menggunakan dalil hadis yg kuat drpd Muslim. "Kulit apapun jika di samak, maka menjadi suci".

Ulamak-ulamak yg mengharamkan kulit khinzir secara mutlak menggunakan kaedah nasakh (membatalkan) semua hadis yg membolehkan penggunaan semua kulit; manakala fuqaha' yg membolehkan kulit khinzir di samak menggunakan kaedah tarjih utk memperkuatkan hadis riwayat Ibn Abbas yg membolehkan sebarang kulit disamak dan di manfa'atkan.

Kedua: Hukum bulu khinzir:
Ia haram secara mutlak pada madzhab Syafi'iy, namun pendapat terkuat pada Imam-imam besar yg lain ia adalah suci (Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid); Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) dan Prof Qardhawi (halal & haram) juga berpendapat bulu babi tidak najis. Imam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa, Jld 21, pg 102) juga berpendapat semua bulu adalah suci.

--------------------
Mengenai soalan ke 2:

Soalan: Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?

Jawab: Tidak perlu menyamak kerana najisnya babi ialah jilatannya. Inilah pendapat terkuat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah (Rahbawi, solat 'ala madzhaahi arba'ah); jika anda memilih ijtihad Imam yg mengatakan kulit babi dan bulunya suci, maka tidak perlu berbuat apa-apa. Jika anda memilih pandangan Imam yg berpendapat haramnya kulit babi dan bulunya, maka jika bersentuh dalam keadaan sama-sama kering tidak perlu samak. Tapi untuk kesempurnaan dan menghilangkan was-was, maka basuhlah tangan anda.

sekian
thtl
------------
Rujukan:
1. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
2. Bidayah al Mujtahid, Ibn Rusyd
3. Prof Dr H Mahmud Yunus, Hukum Perkahwinan Menurut Empat Madzhab
4. Prof Ali Hassan Ahmad, Universitas Islam Tapanuli, Indonesia, alHadithul Fiqhiyah

7 comments:

Anonymous said...

Salam,

maksud bulu babi itu suci mengikut Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid); Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) dan Prof Qardhawi ... adakah dalam keadaan kering atau kedua2nya yakni kering dan basah juga dianggap suci...

Admin said...

kedua-duanya sekali samada basah atau kering... cuma fiqh dalam mazhab shafie agak rigid dalam masalah ini... WA

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

saya ada sedikit kekeliruan berkenanan penerangan ini.
Tidak perlu menyamak kerana najisnya babi ialah jilatannya. ke ustaz maksudkan anjing?

bukankah daging babi itu pun dikira najis?

sekian,

Admin said...

w'salam,

itu pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. mengenai daging khinzir ulamak berbeza pendapat tentang najis atau tidak (makan tetap haram)...
mengikut qaul mazhab shafie ia adalah najis jika tersentuh kena samak.

Masalah samak juga ulamak berbeza pendapat kerana hadis berkenaan samak hanya pada bijana yang dijilat anjing.

Anonymous said...

salam ustaz,
bagaimana kalau kita berasa was2 bahawa sesuatu itu kulit babi dan telah memegangnya tetapi kita tidak pasti bahawa ia adalh benar2 kulit babi. Adakah kita perlu samak?

Anonymous said...

Assalamualaikum...harap ada yang sudi menjawab pesoalan saya ini...

1. saya menggunting rambut saya di kedai, selepas itu penggunting rambut menyapu serum ke atas rambut saya, saya risau kalau ianya dibuat dari minyak babi,apakah hukumnya jika terkena minyak babi pada rambut? perlukah disamak? perlukah sy menghubungi pegeluar produk itu untuk memastikan ianya diperbuat dari minyak babi atau tidak? apakah pendapat para ulama berkenaan hukum minyak babi ini?

2. beberapa thn dahulu, di sebuah pasaraya besar, ada terdapat kaunter cashier untuk barang2 yg non-halal yang diletakkan bersama2 kaunter lain tp diletakkan di tempat yg paling hujung sekali (kalau tak silap saya la).

Tapi kini kaunter cashier utk non-halal telah dibuka di bahagian lain, manakala kaunter yg dahulunya digunakan untuk barang non-halal telah digunakan semula untuk barang yang halal. bagaimana jika kita telah terbayar di kaunter tersebut? sy risau kalau dulunya kaunter tersebut digunakan utk non-halal dan air2 bahan mentah mesti terkena kaunter tersebut pada masa dulu.(beberapa tahun dulu,mungkin 5-6 thn yg lepas)

Kini, jika kita terbayar di kaunter tersebut apakah hukumnya?
actually sy pun tak berapa pasti betulkah kaunter tersebut ialah kaunter untuk non-halal dulu.tapi rasa macam yer jer.

terima kasih....

Anonymous said...

As' salam

Saya seorang pelajar yang m'ambil subjek seni di sekolah. Walaupun saya telah mengelak drp mengunakan berus cat bulu babi, namun sukar bg saya utk mengelak dr tersentuh berus cat rkn2 sekelas yg dikhuatiri bulu babi.,Dalam hal ini, boleh ke saya bertukar pandangan mazhab semata-mata utk memudahkan urusan saya dlm kls seni??

mohon penjelasan., terima kasih.

Post a Comment