21 January 2010

Ragu-ragu Tentang Najis

AHelmi »

Assalamu'alaikum

1. Ikhlas saya katakan yg saya selalu berasa ragu2 dlm byk perkara, mungkin kerana ilmu yg amat sedikit. Dalam perjuangan menentang rasa ragu2, saya sering terperangkap dalam beberapa suruhan agama. Seingat saya ada hadith dari Rasulullah s.a.w. yg menyatakan bahawa sebaiknya mengelakkan perkara yg syubhah. namun ada juga dlm islam seingat saya tentang bagaimana perasaan ragu2 itu hanyalah godaan syaitan dan setiap kali kita berjaya melawannya, maka akan meningkatlah keimanan kita. Jadi bagaimana perlu kita seimbangkan antara kedua suruhan itu agar kita tidak terlalu terpengaruh dgn rasa ragu2 hingga menjadi terlalu penakut dan tidak terlalu bersikap yakin hingga mungkin melakukan perkara yg haram?

2. Baru2 ini ada list yg dikeluarkan yg dikatakan dipersetujui badan agama di Malaysia tentang makanan yg haram kerana mengandungi bahan dari khinzir. salah satu contoh ialah produk Maggi dan sabun Fab. Ini amat mengejutkan kerana pada label Maggi sendiri ada tanda Halal. Kini saya ragu2 dengan kesucian Maggi dan sabun Fab dan mengelakkannya. Dan pada masa yg sama saya ragu2 akan kesahihan list itu kerana sekiranya perkara ini benar kenapa tidak dimaklumkan oleh rakyat melalui media masa?

Dengan keraguan saya itu, adakah perlu saya menyucikan bhgn tubuh bdn saya yg pernah menyentuh makanan Maggi dan sabun Fab (seperti mulut dan tangan) dan pakaian yg pernah terkena makanan Maggi dan dibasuh dgn sabun Fab?

Dan jika ya, bagaimana perlu saya mengenalpasti pakaian yg mana benar2 perlu disucikan kerana saya tak ingat mana baju yg pernah dibasuh dgn sabun Fab dan yg pernah disentuh Maggi?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disamak. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?

3. Bagaimana pula dgn hukum persentuhan tidak langsung antara tubuh dgn anjing/khinzir? Contohnya tersentuh rumput yg pernah dilalui anjing/khinzir?

Bagaimana pula jika rasa ragu2 sama ada rumput itu pernah dilalui anjing/khinzir? Contohnya baru2 ini saya ternampak najis anjing di atas rumput dan mengelakkannya. Namun saya tak dapat mengelak dari bergeser dgn rumput2 sekitar. Walaupun tidak ada najis di rumput, itu, saya was was kerana mungkin anjing itu pernah bergeser dgn rumput itu sebelum ini. Perlukah saya menyucikan kulit kaki dan seluar yg terkena rumput itu?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disucikan. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?


4. Selepas baligh, saya masih belum menjaga solat dan akibatnya banyak solat yg telah saya tertinggal. Alhamdulillah kini telah diberi hidayah dan sejak beberapa tahun amat teliti tntg penjagaan solat.

Perlukan saya mengqada' kesemua solat itu atau hanya cukup bertaubat nasuha?
Bagaimana dgn solat di masjid? kerana ada pandangan menyatakan solat di rumah adalah tidak sah dan wajib menunaikannya di masjid?

Wassalam


*******************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

1. Bukan anda seorang yg mengalami perasaan was-was. Bahkan ia fenomena biasa di kalangan awami hingga fuqaha' menulis kitab2 yg tebal untuk membantu kita keluar dari gejala was-was ini. Allah swt sendiri menurunkan surah khas (Tiga Qul) khusus menangani wabak was-was ini. Lihat surah anNas.

Hadis yg anda maksudkan itu ialah hadis # 6 dari Matan arba'een anNawawiyah dari Nu'man bin Basyir ra, "bahawasanya yg halal itu jelas/nyata, yg haram itu jelas dan di antara keduanya adalah urusan yg samar2.." hingga seterusnya. Jadi berpandukan hadis ini kita dapati jalan keluar dari was-was yakni ambil yg halal bayyin sahaja dan tinggalkan yg haram dan yg belum jelas kedudukannya (samar2). dunia yg terbentang luas di hadapan kita ada tiga option halal yg nyata, haram yg nyata dan yg samar. Maka Muslim hanya ambil yg halal nyata sahaja kecuali dharurat/terdesak, maka yg syubhat boleh dipertimbangkan.

2. Mengenai surat layang dalam bentuk e-mails, circular, cakap2 kedai kopi adalah informasi bakul sampah (junkmails info). Ia tidak ada autoriti melainkan kita guna sistem Bukhari-Muslim untuk cek sumber berita itu. Jika sumber berita itu diragui, maka sijil Halal terhadap barangan itu masih halal bayyin. Setiap produk yg dicertifikasikan Halal, tetap kekal halalnya kecuali ada dalil atau maklumat yg rajih untuk membatalkan kehalalannya.

3. Apabila kita melihat anjing dan babi sahaja dan mula merasa was dgn apa yg dilalui dan disentuh oleh binatang itu adalah suatu sindrom was-was yg kronik. Anjing menurut jumhur yg perlu diawasi ialah jilatannya sahaja (yg perlu dibasuh 7 kali), babi pula ialah haram memakannya sahaja. Selain itu tidak perlu dirisaukan. Tanah adalah suci dan apa jua yg terkena padanya akan menjadi suci dgn sendirinya Fiqh Sunnah

4. Solat yg luput baik dgn sengaja atau tidak sengaja sejak akil baligh hendaklah diqadha' menurut jumhur. Madrasah Salafiy pimpinan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani, muridnya Ibn Qayyim alHafidz menetapkan solat yg luput secara sengaja tidak boleh qadha' sebab hukumnya tidak ujud. Memadai dgn taubat nasuha dan membanyakkan solat nawafil (sunat) (Ibn Qayyim, Ahkam asSolat)

Solat berjama'ah di mesjid adalah fardhu kifayah kpd ahli sebuah qaryah) dan ia memiliki kelebihan 27 X ganda dari solat sendirian. Solat di rumah sah menurut jumhur. Solat di mesjid berjama'ah (kpd mukallaf) jatuh hukum sunnat mu'akkad (solat yg diberati syara'). (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny, 2/3-4). Jika masih ragu kembalilah semula kpd Ahkam Online untuk pejelasan yg lebih.

Rumusan:
Penawar mujarab bagi was-was ialah belajar. Tidak ada penyakit yg dapat disembuhkan iaitu kejahilan melainkan dgn belajar. Kejahilan (tiada informasi/ilmu pengetahuan) adalah induk kepada penyakit was-was. WA

8 comments:

Anonymous said...

Salam, saya mohon penjelasan tentang perkara ini:

1.bagaimana dengan penggunaan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi?
sebelum ini kawan saya ada memberitahu berus cat yang harganya agak murah kebanyakannya diperbuat daripada bulu babi. baru2 ini saya ternampak bapa saya mengecat rumah menggunakan berus cat yang murah ini, so terlintas dlam fikiran saya adakah berus ini diperbuat daripada bulu babi.

2. saya telah membasuh kaki di dalam bilik air, sekali terpandang berus ni dalam bilik air, sy khuatir jika air yang membasuh kaki sy td telah tepercik pada bulu cat itu dan mengenai kaki saya semula. perlukah disamak ?

tq, ...

Admin said...

w'salam

sila baca keterangan ringkas barangan dari kulit khinzir:

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2010/01/barangan-dari-kulit-khinzir.html...

Anonymous said...

Salam...
saya ingin bertanya bagaimana merawat kucing yang terkena gigitan anjing?

1. adakah perlu disamak kucing itu terlebih dahulu?

2. jika tidak perlu, adakah kita perlu menyamak tangan kita selepas merawat kucing tersebut?
3. bagaimana hukumnya jika selepas itu kita bermain2 dengan kucing yang terkena gigitan anjing itu? adakah perlu disamak setiap kali kita mengusapnya?

terima kasih....

Admin said...

tak perlu disamak tapi perlu dibersihkan kotoran yang ada pada kucing peliharaan. Binatang yang diburu dan dikejar digigit oleh anjing buruan kita boleh dimakan (alQuran). WA

Anonymous said...

Salam.
Saya nak bertanya, bagaimana kalau kita ragu2 badan kita terkena najis atau tidak. Selama penyelidikan master ,Saya bekerja di dalam makmal. Semasa saya nak menulis tesis , saya baru mengetahui bahwa ada salah satu chemical yang saya pakai itu terdapat bahan berasal daripada babi. Walaupun selama bekerja saya selalu menggunakan gloves, tapi saya sekarang menjadi was-was. Lagipula, selama bekerja di dalam makmal saya kadang membaca buku, saya sekarang terfikir ada kemungkinan yang buku itu terkena chemical tadi. Dan buku itu selalu saya bawa pulang ke rumah dengan menggunakan beg. Soalan saya , apa saya sekarang perlu membersihkan diri saya dengan tanah? bagaimana cara membersihkan buku dan beg itu?

Admin said...

w'salam
kikis perasaan ragu dan was2, itu hasutan iblis. Yang perlu disamak hanya bila terkena jilatan anjing sahaja. Babi hanya haram dimakan tidak ada dalil suruh samak, dalam mazhab Shafie ianya diqiyas dari najis jilatan anjing. Apabila telah menjadi bahan chemical najis babi tidak wujud lagi...

Anonymous said...

saya mengalami penyakit was-was berkenaan najis seperti masalah2 yang diutarakan di atas.Apakah amalan atau ayat2 al quran yang boleh dijadikan amalan bagi mengurangkan gangguan was-was tersebut

tHe-eX-cAPtaiN said...

Assalamualaikum,

Saya tahu yang kita perlu samak kalau terkena jilatan anjing sahaja.Soalan saya, saya belajar di US, dan dalam salah satu kelas saya, saya duduk bersebelahan dengan kawan saya yang memakai jaket. Selepas itu, dia memberitahu saya yang ada bulu anjing di jaket tersebut sebab dia bermain dengan anjing.Saya tahu tangan dan baju saya telah bersentuhan dengan jaket itu, jadi berdasarkan jawapan diatas, saya rasa saya tak perlu menyamak tangan dan baju saya.betulkah??
Terima kasih

Post a Comment