25 December 2008

Upacara Membatalkan Wuduk

Assalaamu'alaikum,

Apakah maksud/ tujuan pembatalan air sembahyang di majlis akad nikah? Adakah wudhuk akan terbatal jika suami isteri bersentuhan dengan sengaja atau tidak sengaja?
Terima kasih


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

wa'alaikumussalam sdr Habsu

Alhamdulillah. Kita akan menjawab soalan sdr hasbu dengan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

a. Tujuan batal air sembahyang didalam Majlis Nikah

Tujuan atau maksud pembatalan air sembahyang / wudhu' tidaklah pula kami ketahui sebab-sebabnya. Ini cuma merupakan adab orang-orang Melayu setelah selesai upacara aqad nikah. Ini tidaklah termasuk didalam rukun-rukun nikah yang lima itu (shigah (ijab), lelaki, perempuan, wali dan 2 saksi - Fiqh Al-Manhaji, 2/51). Sentiasa didalam keadaan berwudhu' merupakan satu sunnah yang baik, mengapa pula kita sengaja nak membatalkannya? Alangkah baik dikekalkan wudhu' tersebut. Wallahu 'alam.

b. Batalkah wudhu' suami isteri kalau bersentuhan?

Bab ini telah banyak kali di bincangkan di Al-Ahkam. Anda boleh search arkib Soal-Jawab. Dibawah ini kami lampirakan beberapa Soal-jawab mengenai pembatalan wudhu' yang telah dibahaskan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL. Sila klik di link dibawah ini:-

Mazhab Syafie mengatakan bahawa menyentuh isteri atau wanita-wanita (bukan mahram) yang lain akan membatalkan wudhu'. Menurut Fiqh Al-Manhaji :

لمس الرجل زوجته أو المرأة الأجنبية من غير حائل، فإنه ينتقض وضوؤه ووضوؤها.

"lelaki yang menyentuh isterinya atau wanita ajnabi yang bukan mahramnya, maka sesungguhnya telah batal wudhu' lelaki dan wanita tersebut". (Fiqh Al-Manhaji, 1/63).

Selain dari Mazhab Syafie, terdapat mazhab-mazhab lain mengatakan tidak batal wudhu'. Menurut Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/266, Arab Saudi:

إذا مس الرجل المرأة مباشرة ففيه خلاف بين أهل العلم ، هل ينتقض وضوؤه أم لا . والأرجح أنه لا ينقض الوضوء سواء كان مسه إياها بشهوة أو بدونها ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم قبل بعض نسائه ولم يتوضأ ؛ ولأن هذا مما تعم به البلوى فلو كان ناقضاً لبينه النبي صلى الله عليه وسلم .
وأما قوله سبحانه في سورة النساء والمائدة : ( أو لامستم النساء ) فالمراد به الجماع في أصح قولي العلماء .

"Isu ini akan berbeza dikalangan mazhab-mazhab lain. Ulama berselisih samada batal atau tidak wudhu' seseorang itu apabila memegang isterinya. Pendapat yang paling rajih didalam persoalan ini ialah TIDAK batal wudhu', samada memegangnya disebab keinginan atau tidak, kerana Nabi saw mencium isterinya dan tidak memperbaharui wudhu' selepas itu, dan ia juga menimbulkan kesusahan jika wudhu' dikehendaki didalam kes ini. Jika wudhu' tersebut batal, maka Nabi saw sudah tentu akan menyatakannya (dengan mengambil wudhu' kembali).

Mengenai firman Allah didalam surah Al-Nisa':43 dan Al-Maidah:6 yang maksudnya "...air atau kamu sentuh perempuan", merujuk kepada perhubungan jenis menurut beberapa pandangan ulama'". - tamat Fataawa al-Lajnah.

wallahu 'alam

-wassalam-

=====
Rujukan :

1. Dr Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji : 'ala mazhab Al-Imam Al-Syafie. Cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000.

2. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/266. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=2178&dgn=3&dgn=2

0 comments:

Post a Comment