25 December 2008

Maksud Menyentuh Dengan Syahwat

assalamualaikum,

saya ada terbaca dalam satu artikel yang mengatakan bahawa pendapat yang lebih tepat dalam masalah batal wuduk dengan berlaku sentuhan adalah apabila diiringi dengan syahwat sahaja tanpa mengira siapa yang disentuh samada mahram atau bukan mahram. soalan saya, bagaimanakah caranya untuk menentukan timbulnya shahwat? adakah memadai dengan timbulnya perasaan yang "semacamnya" itu ataupun dengan keluarnya air mazi sama ada dipihak lelaki ataupun perempuan? harap pihak tuan dapat memberi penjelasan dengan jelas. terimakasih, wassalam

Wassalam


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Jawab:

Maksud sentuhan yg diiringi rasa syahwat itu ialah naluri keinginan kepada
perempuan. Rasa lazat, atau tercetusnya rasa selera. Dalam bahasa Kelantan ialah "RA". Dalam sunan an nasa'iy yg ditahqeeq dgn nama Kitab alTa'liiqat asSalafiyah menjelaskan kalimah "ghamazani" dalam hadis Nasa'iy:1/23) di mana Nabi menyentuh Aisyah ketika sujud adalah bermaksud sentuhan tanpa selera atau keinginan seksual. Juga dalam kitab Aun alma'bud (syarah Sunan Abu daud):1/69), "Nabi mengucup isterinya dan beliau tidak berwudhu' selepas itu" bemaksud ciuman itu bukanlah disertai rasa syahwat.

Jika keluar mazi itu dah kira advance stage dah tu..WA

0 comments:

Post a Comment