04 January 2009

Mandi Wajib Wanita

Salam

Jika seorang wanita sudah mandi wajib/junub, kemudian setelah mandi, air mani (hasil hubungan suami isteri) tiba-tiba mengalir keluar, adakah si isteri tadi harus mandi wajib sekali lagi?

Wassalam
-------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ibnu Lufti dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Ulama' sepakat mengatakan bahawa air mani yang keluar bersama-sama dengan perasaan ghairah maka di wajibkan seseorang itu mandi. Didalam kes air mani atau cecair yang keluar setelah selesai mandi dari Janaabah, menurut Ibn Utsaimin rh :-

هذا السائل الذي يخرج بعد الغسل من الجنابة إذا لم يكن هناك شهوة جديدة أوجبت خروجه فإنه بقية ما كان من الجنابة الأولى ، فلا يجب عليه الغسل منه ، وإنما عليه أن يغسله ويغسل ما أصابه ويُعيد الوضوء فقط .

"Cecair ini yang keluar selepas mandi (ghusul) dari Janaabah (mandi wajib) apabila tidak berlakunya sesuatu yang syahwat yang menyebabkan ia keluar, maka itu hanya lebihan yang dihasilkan dari Janaabah yang awal. Maka tidak wajib keatasnya mandi. Malah seseorang itu hendaklah membasuhnya dan membasuh apa-apa yang terkena cecair tersebut, dan hanya mengulangi wudhu' sahaja" [Fataawa Ibn Utsaimin, 11/222]

Didalam Kitab Zaad al-Mustaqni' ada menyebut :

فإن خرج بعده لم يُعِده

"Jika ia keluar selepasnya, tidak perlu mengulangi (mandi)"

Ketika mensyarahkan kitab ini, Syeikh Utsaimin rh menyebut :-

أي إذا اغتسل لهذا الذي انتقل ( أي المني) ثم خرج مع الحركة فإنه لا يعيد الغسل

"Jika dia telah mandi untuk ini yang telah keluar (eg: mani), kemudian ia keluar ketika bergerak, maka sesungguhnya tidak perlu mengulangi mandi" [al-Sharh al-Mumthi 'Ala Zaad al-Mustaqni', 1/281]

Kesimpulannya, tidak perlu mandi sekali lagi, memadai hanya mengulangi wudhu'.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment