04 January 2009

Apakah Hukum Mandi Bogel

apakah hukum mandi bogel, ada tak , dalil quran dan hadis melarangnya?
-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.

a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama' mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-

وقد قدمنا في الباب السابق أنه يجوز كشف العورة في موضع الحاجة في الخلوة وذلك كحالة الاغتسال وحال البول ومعاشرة الزوجة ونحو ذلك فهذا كله جائز فيه التكشف في الخلوة ، وأما بحضرة الناس : فيحرم كشف العورة في كل ذلك

"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].

b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sekian, wassalam
______

tambahan :

Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Thaharah, ms. 252) adalah mustahab (digalakkan) menutup walaupun bersendirian. Nabi saw bersabda :


فاالله أحق أن يستحيى منه من الناس

"Allah lebih berhak seseorang itu malu padanya daripada manusia" [Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab al-Hamaam #4017, Tirmudzi didalam Bab Adab, #2670].

17 comments:

Anonymous said...

apa hukum mandi wajib dengan berbogel

Anonymous said...

apa hukum mengosok zakar hingga keluar mani

Admin said...

3 hukum onani

http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg43.htm

WA

Admin said...

Tak salah mandi wajib telanjang...

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/01/pakaian-mandi.html

Anonymous said...

samasa mandi wajib bolehkah saye memegang zakar

Admin said...

Salam

Memegang kemaluan tidak membatalkan mandi hadas, tetapi membatalkan wuduk mengikut kebanyakan ulamak. Sedangkan menyentuh kemaluan adakah batal wuduk? masih ada pendapat yang berbeza...

Pendapat sentuh kemaluan tidak batal wuduk Sentuh Kemaluan Tidak Batal Wuduk.

Sentuh kemaluan tidak batal mandi hadas http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2008/12/sentuh-kemaluan-tidak-batal-mandi.html.

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2010/02/sentuh-kemaluan-mandi-wajib.html.

Anonymous said...

salam
batalkah wuduk jika semasa mengambil wuduk telanjang bulat?

batalkah wuduk jika seleas berwuduk, sebelum memakai pakian, telanjang bulat?

wassalam...

Anonymous said...

salam..adakah batal puasa sekiranya mandi di dalam keadaan telanjang?

Admin said...

W'salam

tidak batal puasa kerana mandi walaupun dalam keadaan berbogel...

Anonymous said...

salam..nak tye...kalau berwuduk dalam keadaan berbogel, ape hukum nye?ade x dalil atau hadis yg menyatakan tentang perkara ni?ade kawan saya kata wuduk ye sah, tapi x tahula plak hukum dia...terima kasih...salam

Unknown said...

saya mandi seperti biasa sebelum saya berniat untuk mandi wajib/hadas besar...sah kah mandi wajib saya???

Anonymous said...

saya mandi seperti biasa sebelum saya berniat untuk mandi wajid/hada besar...sah kah mandi wajib saya???

Admin said...

kenapa perlu mandi biasa sebelum mandi wajib? niat dan terus dengan mandi hadas:

1. Masuk bilik mandi cuci dulu kemaluan.
2. Ambil wuduk macam biasa tanpa basuh kaki dulu.
3. Basahkan dan cuci bahagian kepala dan seluruh badan.
4. Setelah selesai mandi tamatkan wuduk dengan mencuci kaki.
5. tidak perlu wuduk semula boleh terus solat.

WA

Anonymous said...

Saya adalah seorang remaja perempuan, apakah hukumnya kalau saya mandi berbogel bersama adik perempuan saya yang sebaya umurnya dengan saya? Harap dapat menjawab kekeliruan ini. Terima Kasih

akem said...

salam.... apakah hukum jika mengambil wuduk dalam keadaan telanjang bulat.

presa1200 said...

"sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat)"

salaam, kalo sy terpakse bogel sbb nak sapu ubat gatal kat celah peha mmg xpe kan? maksudnye, sy tak leh pkai seluar semula sblom ubat tu kering. adakah lbh baik kalo kita x hadap kiblat masa bogel?

Nik Muhammad Nuraizat said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment