24 December 2008

Hujah Shafie Sentuh Perempuan Batal Wuduk

Soalan:

Assalammu'alaikum.

Menurut Mazhab Syafie, apakah dalil hadith & Quran, mengenai batalnya wuduk bila tersentuh isteri sendiri? JazakAllah...


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Dalil alQur'an:
alMaidah: 6
anNisaa': 43

Jumhur ulama' (Nailool Awthor 1/23) mentafsirkan mulamasah dalam ayat itu dengan jelas bermaksud bersentuh kulit.
Hadis:

Imam Syafi'iy ra , alUmm 1/12 meriwayatkan hadis dari Imam Malik dari Ibn Syihab dari Salim bin Abdillah dari ayahnya," sesiapa yg mencium isterinya atau menyentuh (isterinya) dengan tangannya, hendaklah ia berwudhu'."

Imam alBaihaqee meriwayatkan dari Ibn Mas'ud ra dengan lafaz,"mencium (isteri) itu termasuk 'Lams' (menyentuh) dan hendaklah ia berwudhu'. Lamsu itu bukan jima'." (Nailool Awthor, 1/231)

Adapun hadis HR Abu Daud dan aNasa'iy dari Aisyah ra, "bahawa Nabi saw telah mencium salah seorang isterinya dan tidak wudhu' lagi."

Kritikan terhadap hadis ini:

Abu Daud: hadis ini mursal (Nailool Awthor, 1/231)

Termidzi: dha'ef menurut syarat Bukhari (Subulus Salam 1/65)

Kitab Bulughul Maram (ms 12) hadis in dikeluarkan oleh Imam Ahmad yg mana statusnya dha'ef menurut alBukhari.

Itulah hujah fiqh Syafi'iy mengenai batalnya wudhu' jika menyentuh isteri. Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment