24 December 2008

Khuf Wuduk Dengan Menyapu Sepatu

Salam

Saya dah browse arkib soal jawab pasal khuf. Alhamdulillah beberapa persoalan telah jelas. Cuma ada beberapa perkara.

Dlm SJ-1738; ‘Jika dia membuka stokin itu untuk buang air, maka tidak boleh lagi sapu sepatu.’ Setelah merujuk jawapan dlm SJ yg lain, saya jumpa bhw mencabut khuf merupakan salah satu syarat yg membatalkan. Saya kurang jelas dgn perkara ini?
Adakah ini bermaksud kita mesti sembahyang dgn khuf itu sekali. Dan sekiranya kita cabut maka batallah wudhu’ kita dan tidak sahlah solat? Wassalam

Wassalam


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Kami meminta kema'afan di atas kekeliruan itu. Illat (sebab) hukum menyapu sepatu/khuf ialah kerana umat Islam yg mengalami perubahan empat musim/cuaca (terutama negara2 yg ada musim sejuk (winter), termasuk Timur Tengah, maka kebanyakan mereka memakai stokin dan sepatu sepanjang masa musim sejuk. Menjadi satu kesulitan jika membukanya utk berwudhu'. Bagi sdr Gayat yg berada di UK tentu merasainya bila tiba musim sejuk sekarang. Di zaman dahulu mereka memakai khuf (sejenis kasut nipis yg diperbuat dari kulit) dan di pakai dalam mesjid.

Tatacara memakai stokin/khuf ini ialah selepas berwudhu'. Maksudnya kita memakai stokin dalam keadaan kita masih ada wudhu', kemudian musafir. Dalam masa tiga hari, kita tidak perlu menanggalkan stokin, bila saja batal wudhu', kita kembali mengambil wudhu; tapi bila sampai pada membasuh dua kaki, kita hanya menyapu khuf/stokin sahaja.

Rukhsah (kelonggaran menyapu stokin ini tamat bila tempoh musafir 3 hari, atau berjunub, atau kita menanggalkan stokin kita. Jika kita menanggalkan stokin kerana sesuatu hal, bila kita hendak solat, kita hanya perlu membasuh kaki sahaja tanpa mengambil wudhu' secara penuh. Ini pendapat Sayyid Sabiq. Bila kita menanggalkan stokin/khuf, habislah rukhsah itu sebab syaratnya khuf mestilah dipakai sepanjang masa. (Fiqh Sunnah)

Imam Ibn Taymiyah berpendapat berlainan (Ikhtiyarat,9), bahawa mencabut khuf tidak menghapuskan keharusan menyapu khuf selepas memakainya kembali dan tempoh tiga hari jika musafir itu tidak ada dasarnya dari sunnah. Ini berdasarkan apa yg dikhabarkan oleh Thawus dan albaihaqee, bahawa Ali pernah menanggalkan khufnya, kemudian ke bilik air, kembali berwudhu' dan menyapu khufnya dan solat. Muhaddith nasiruddin alAlbani menyetujui pendapat Syaikhul Islam. Namun pendapat yg disimpulkan oleh Allamah Sayyid Sabiq itu adalah versi Jumhur fuqaha' ASWJ.

Menjawab soalan anda:

Bila anda mengambil hukum menyapu khuf/stokin, hendaklah kekal memakainya sepanjang masa. Jika selesai solat, anda mencabut stokin itu solat anda sah, cuma bila wudhu' batal, anda tidak boleh lagi menyapu khuf. (Jumhu) WA

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

Saya dah semak jawapan-jawapan berkenaan dengan khuf...jika musafir ada rukhsah selama 3 hari,soalan saya, jika seorang askar sedang bertugas atau menjalani latihan yang lebih dari 3 hari contohnya 8 hari,adakah beliau boleh mendapat rukhsah seperti menyapu kasut selama mana dia berada di dalam situasi tersebut secara berterusan atau 3 hari sekali beliau perlu mengambil air sembahyang seperti biasa.

Post a Comment