28 January 2010

Hukum Bulu Kuching

Postby g@y@t »

Assalamualaikum wrh wth

Terima kasih kerana memberi saya sedikit ruang untuk bertanya.
Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa bulu kucing adalah najis. Dan apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu. boleh kah saya memdapat penjelasan lanjut memandangkan saya juga ada membela kucing di rumah.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAB:

Alhamdulillah inilah jawapannya:

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?

JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.

Harap dapat difahami.

Sekian. Wassalam.

8 comments:

Rozitha said...

Mana hadith yang mengatakan ia nya najis.
Sila beri bukti.

lia said...

Salam

Memang ada ulama (mazhab Shafi'ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.

Namun, saya condong pada pendapat yang sebaliknya (Hanafi dan Maliki) kerana

1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Lihat hadits -- diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, "Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)

2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.

Wallahu A`alam

Anonymous said...

masuk dlm kategori umum al-balwa. Bulu kucing dimaafkan..

crystal di bawah bayu said...

info yang berguna..sebab saya juga ada pelihara kucing..dan juga menjadi tanda tanya...alhamdulilah terungkai sudah persoalan saya...

Anonymous said...

Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------

Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------

Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. ÔÚÑ ÇáÞØ ØÇåÑ. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/Show ... on=FatwaId

2. Prof Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

manusia said...

salam kenal... jadi bulu kucing itu tidak apa2 ya?

Anonymous said...

Ya.bulu kucinh tdak najis.ustaz azhar idrus juga ada mengatakan yang bulu kucing tidak najis jika terkena pada pakaian kita ketika hndk solat.

Anonymous said...

bulu kucing tidak najis tdk trbatal solat klu terkena jawapan yg kat atas tu x leh pakai UAI kata x batal solat atau wuduk.

Post a Comment