25 December 2008

Memilih Pendapat Imam Hanafi

Assalamualaikum,

Sekiranya saya ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi bahwa bersentuh kulit dgn isteri tidak batal, perlukah saya mengetahui syarat2 sah/batal wudhuk mengikut mazhab hanafi?


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Kesemua Imam mujtahid menyarankan kita meneliti dalil dan hujah mereka sebelum kita menerima pakai ijtihad mereka.

Jika anda ingin mengambil ijtihad hanafi, beliau memutuskan sentuhan lelaki terhadap wanita (tanpa berlapik) tidak membatalkan wudhu' baik tanpa syahwat maupun disertai rasa syahwat.

Imam Abu Hanifah bersandarkan hadis riwayat Aisyah RA, bahawa RasuluLlah saw biasa mencium

sebahagian isterinya kemudian solat, tanpa mengulangi wudhu' baginda. Imam Abu Hanifah dalam membuat tafsiran ayat al Ma'idah: ayat 6 (jika kamu menyentuh wanita, Au Laa mastumunnisa') sentuh itu bermaksud jima'. Tafsiran Imam Abu Hanifah ini disandarkan kepada tafsiran Ibn Abbas RA, tokoh tafsir yang terunggul yang mentafsirkan menyentuh wanita dalam ayat itu bermaksud persetubuhan.

Rujukan: Imam al Kasani, al Bada'iy,Jld 1, ms 30

Inilah kaedah yang betul bila kita ingin menerima pakai sesuatu fatwa mana-mana Imam yaitu mengetahui dalil dan sandaran mereka.


sekian
thtl for al_ahkam on-line

0 comments:

Post a Comment