28 January 2010

Alkohol Yang Wujud Dalam Tapai

g@y@t »

Assalamu'alaikum,

Fatwa telah dikeluarkan di negara ini yang mengatakan tapai itu halal.
Saya menyoalkannya kepada sebuah pertubuhan Islam antarabangsa melalui internet yang mengatakan bahawa ia haram. Menurut seorang ahli biokimia, alkohol dari pemprosesan tapai itu tidak berbeza dengan pemprosesan `sake' (sejenis arak Jepun). Apakah dalil-dalil fatwa yang menghalalkan tapai ini ?


****************************************************
Jawapan:

Kita akan dalil sains untuk membuktikan tapai adalah halal. Pertama kita akan menjelaskan di manakah persamaan dan perbedzaan pengeluaran sake dan tapai.

Pertama: Proses Pembuatan khamar `sake' (Arak beras Jepun)

Sake diperbuat daripada beras biasa dan beras koji yang dibasuh, direndam dan dimasak dengan wap, kemudian disejukkan. Beras koji dan tindakbalas ragi (yeast) akan menukar beras kepada gula dan seterusnya kepada alkohol. Proses fermentasi (pemeraman) ini berlangsung dalam 20-25 hari.

Kedua: Proses pembuatan Tapai

Bahan utama tapai juga beras (beras pulut) dan setengah tempat ialah ubikayu (Kelantan). Setelah dimasak, beras atau ubikayu itu disejukkan dan dimasukkan serbuk yeast (ragi). Ia boleh dimakan sebaik saja, tapai itu berair dan selalunya dalam satu setengah hari atau dua hari. Rasanya manis sekali.

Bahan yg menukar kanji beras dan ubikayu menjadi gula ialah yeast (ragi). Dalam ragi ada dua jenis enzim: invertase dan zymase yang menukar kanji menjadi gula dan seterusnya menjadi alkohol (bahan utama dalam khamar)

Dari perbandingan di atas, jelaslah bahawa tapai ialah makanan manis (halwa) kerana ia belum lagi bertukar menjadi alkohol; sebab proses penukaran gula menjadi alkohol memerlukan masa yang lebih lama. Tujuan fermentasi di atas bertujuan untuk makanan bukan minuman.

Manakala Sake ialah khamar (arak) kerana tujuan fermentasinya ialah bukan untuk dimakan tapi untuk di minum dan ia mengambil produk penghujung fermentasi iaitu alkohol; sedangkan tapai yang dimakan ialah kanji yg bertukar menjadi gula.

Inilah dalil-dalil yang menjadi dasar fatwa Majlis Agama Islam Kelantan dan Tuan Guru MB Kelantan yg memfatwakan tapai adalah halal.

sekian
thtl

14 comments:

Zaidi Mokhtar said...

assalamualaikum..

dari segi sains adlah jelas tapai mengandungi alkohol yg boleh memabukkan.

iamzaidi1410@gmail.com

Zaidi Mokhtar said...

tuan perlu buat hipotesis.apa yg sya belajar jelas tapai mengandungi alkohol..rujuk sains

Zaidi Mokhtar said...

sains serta pengajian islam utm

Lina said...

Salams, jika tapai mengandungi alkohol,
para aktivis Islam perlu mendesak supaya tapai dikeluarkan dari premis penjualan dan digantikan dengan makanan Islam yang berkhasiat seperti pembuatan roti .

Admin said...

berapa lama masa yang diambil untuk yeast menukar kanji menjadi alkohol?

Bukankah dalam masa kurang dari 3 hari yeast hanya menukar kanji menjadi gula?

presa1200 said...

salaam, sy pnah baca satu artikel di mana nasi yg dibiarkan bbrp jam dlm suhu bilik jugak akan mengandungi sdikit alkohol akibat proses penapaian. kalo kandungan alkohol (ethanol) dlm tapai dlm lingkungan yg tidak mmabukkan maka ia tak haram, mmandangkan alkohol dlm tapai tu adalah hasil semulajadi. begitu jugak dgn buah2an yg dah masak dan dibiarkan bbrp hari.

DANIAL BLUES said...

setakat ni saya x pernahlah mabuk makan tapai..

DANIAL BLUES said...

setakat ni saya x pernahlah mabuk makan tapai..

Anonymous said...

TG Nik Aziz bukan ahli kimia.

Anonymous said...

kalau ikut rasional korang di sini, tak ada salah minum Wine jika tak mabuk.

sebab tapai [ termasuk air nira ] kalau diminum dlm kuantiti yng banyak pastinya memabukkan ... tak ubah Wine

hehehe

Anonymous said...

Islam adalah agama yg tak menyusahkan umatnya. kalau da ragu2, senang je, jgan makan tapai.

apa2, if still was2, rujuk la pada Al-Quran and hadis.

Anonymous said...

bahasa kok gk jelas gt

Anonymous said...

apa yang memabukkan dalam kuantiti yang banyak, tetap haram walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

arak seperti wine dll memang memabukkan apabila diminum melebihi kuantiti tertentu, jadi walaupun kuantiti sikit, tetap haram.

tapi dalam kes tapai, saya tak pernah lagi dengar orang mabuk sebab makan tapai. makan lah banyak mana pun, tak mabuk. jadi masih terpakai lagi ke qias dengan wine tadi?

Anonymous said...

Aku mkn tapai byk² tak mabuk² pun walaupun mengharap. Berak² adalah. Tp bila minum wine elok plak mabuk. Takde plak berak². Wine je lah

Post a Comment