15 January 2009

Anak Rambut Wanita

Salam

Betulkah ‘sideburn’ wanita iaitu rambut2 yg tumbuh di tepi telinga juga anggota wuduk ? Klu wanita berambut panjang , maknanya kena tarik keluar basahkan ? tq

************
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Rambut tidak termasuk dalam anggota wudhuk yang perlu dikenakan air terhadapnya.Ini kerana anggota wudhuk pada tempat tersebut sebenarnya adalah kepala , dan Islam menyuruh kita untuk menyapu / membasuh kepala , bukannya rambut sebagaimana yang disalah fahami oleh sebahagian masyarakat .

Dalilnya , firman Allah swt dalam surah al-Maidah , ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki

Ini bermakna , sekiranya seseorang perempuan itu mempunyai rambut yang panjang , ianya tidak perlu dikeluarkan.Cukup dengan hanya menyapu dibahagian kepalanya sahaja sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di atas.

WA

3 comments:

faizah@ayu said...

assalamualaikum...
bukan ke kita kena berwuduk dengan menyapu muka dari bawah dagu hingga tepi telinga? jadi, anak rambut yg tumbuh di tepi telinga pun kena disapu jugak kan...

Admin said...

w'salam
betul tu bila kita cuci muka tak boleh elak mestilah termasuk daerah anak-anak rambuat di tepi muka...

Anonymous said...

maaf sekiranya salah.teguran amat digalakkan.setahu saya sideburn wanita/lelaki yg panjang wajib dikenakan air wuduk kerana berada dalam kawasan muka.tak boleh selit celah telinga. WA

Post a Comment