22 January 2010

Terpijak Bangkai Anjing Dijalan

AHelmi »
salam

Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Harap maaf sekali lagi kerana ada soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Harap dimaafkan dan ditegur bila ia berlaku.

Situasinya ialah kerana terpijak kesan di jalan raya yang cenderung menunjukkan itu adalah kesan bagkai/darah anjing yg dilanggar berhampiran dengan tempat itu. Saya sebelum itu telah membasuh selipar dan terus memakainya tanpa menantinya kering. Ada kemungkinan memijak kesan itu pada ketika tapak selipar basah.


Soalan:

1. Sebelum ini saya cenderung kepada pendapat yang menajiskan anjing dan segala cairan darinya. Apabila keadaan ini berlaku baru hendak mengambil pendapat yg tidak menajiskannya. Bukankah itu seperti hendak memudahkan diri sahaja (mahukan kebenaran berpihak pada diri dan bukan mengikut kebenaran)

Walaupun telah menggosok kasut ke tanah, was-was tentang penerangan hadith yg diriwayatkan Abu Daud itu datang apabila saya bertanya kepada seorang ustaz dan orang lain dan mereka tidak tahu dan menyatakan cara menyucikan hanyalah dengan menggunakan air tanah dan tidak terdapat di buku-buku biasa (tidak berpeluang menyemak buku Fiqh Islami).

Soalan:
2. Meneliti hadith itu ada versi yang menyebut menggosokkan khuf ke tanah. Adakah selipar saya itu dikira khuf?

3. Kira-kira sejam selepas itu saya menyiram air ke tapak kasut (bukan air tanah) dan sebahagian air itu terpercik kepada saya dan khuatir ada kesan bangkai anjing itu berpindah melalui air itu. Maka adakah dengan was-was itu saya perlu menyucikan diri (kerana menghantui hidup dan ibadah saya hingga kini)

4. Sebagai soalan tambahan, saya ada membaca yang mengikut pemahaman saya menyatakan bejana yang dijilat anjing apabila belum disucikan dengan tanah akan menjadikan air dalamnya mutannajis dan pakaian yang dibasuh dalamnya turut najis. Adakah ini benar? Ini merisaukan saya kerana saya tidak menyucikan pakaian yang terpercik air itu dengan air tanah kerana menganggap itu hanya was-was dan pada ketika ini sedang cuba melawan rasa was-was yang selalu ada pada diri saya. Tapi sekiranya pakaian itu bernajis maka adakah bekas yand digunakan membasuh pakaian itu dan pakaian-pakaian yang dibasuh dengannya turut najis?

Terima kasih atas kesudian panel melayan soalan-soalan kecil sebegini.

wassalam


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
thtl »

wassalam

Jawab:

1. Anda sebenarnya terperangkap dalam dua situasi. Anda ingin ittiba' (meneliti sumber dalil) dan diwaktu yg sama anda masih mahu berpegang dgn Syafi'iyah.. Dengan kata lain ingin bertaklid. Jika anda begitu sayangkan amalan bermadzhab dan amat nostalgia dgn pendapat2 Syafi'iyah, maka anda merasa berdosa jika mengambil pendapat Imam-Imam yg lain. Anda hendaklah buat keputusan: Dalam masalah najis anjing. Anda inginkan kebenaran atau ingin mendapat pendapat yg muktamad dalam madzhab Syafi'iy??

Kenapa anda begitu berhati-hati dgn najis anjing? apakah anjing itu begitu menghantui anda hingga anda tidak dapat memikirkan masalah umat Islam yg lebih besar. Iraq misalnya. Lihat sahaja pendapat Malikiah, anjing adalah suci kecuali air liurnya. Darah, tahi dan kencing anjing sama sahaja dgn najis gajah atau najis harimau menurut Imam-Imam Hanbali dan Hanafi. Apabila alQur'an dan Sunnah tidak menyebut dan merincikannya, kenapa kita begitu berminat merinci dan menghalusinya sehingga menjadi spt Umat Yahudi yg merinci dalam masalah alBaqarah hingga mereka hampir gagal menemui lembu itu, sedangkan pada asalnya mereka diperintah menyembelih mana-mana lembu shj.

Amalan salaf begini. Jika anda terpijak najis dijalanan. Anda tidak wajib membawanya ke makmal dan membuat ujian ke atasnya utk menentukan samada ia najis anjing atau selainnya. memadai di gosok ke tanah selipar anda atau apa jua yg dipakai dikaki sebab khuf itu dah pupus, dan teruskan menjalani kerja harian kita. Jika masih tertanya-tanya dan teringat-ingat apakah najis yg kita pijak tadi, maka anda telah mendzalimi diri anda sendiri.

Saya tidak akan menjawab persoalan anda kerana anda telah diserang sindrom terlalu memberatkan masalah najis yg menimpa orang awam. satu lagi yg menimpa orang awam ialah Usyalli, atau was-was semasa berniat. Ini kerana kita sangat menyayangi madzhab dan melupakan alQur'an dan asSunnah. Kita mengutamakan ulama' khalaf (terkemudian) dan meninggalkan ulama salaf (terdahulu). Jika anda ingin belajar, anda hendaklah bersedia menerima semua ulama' walaupun apa madzhab mereka.
Anda hendaklah mengutamakan kebenaran, dan bukannya madzhab. Madzhab hanyalah utk membantu kita utk sampai kepada alQuran dan asSunnah, bukan menggantikan dua sumber ini.
WA

2 comments:

Anonymous said...

AHelmi. Saya faham masalah kamu. Namanya penyakit was2. Teruk kan pemikiran mcm ni? Mmg sgt mengganggu kehidupan sbb sy pun alaminya. Hanya yg alami je yg faham. Semoga kita dpt kuatkan diri dan bebas penyakit ni, insyaAllah.

saiful said...

yer betul tu, sy pun alaminya juga, tp sy dalam permasalahan mandi wajib dan najis...

Post a Comment