15 January 2009

Mengeringkan Sisa Air Wuduk

Pengirim: sdr iman mohamad:
Assalamualaykum..
Saya nk kepastian, adakah terdapat hukum berkenaan mengeringkan anggota wudhu selepas kita berwudhu? Ada yang cakap makruh. Saya ada jgk mencari dalil tntg perkara ni tp xde yg berkaitan. So, mtk tlg share la siapa2 yg tahu ye..bersama dalil..
terima kasih. wassalam.
[Sumber dari Mailing list: alFikrah] June 30, 08

~~~~~~~~~~~~~~~~alJawab
Hukumnya:

Hukumnya boleh saja kerana tiada dalil yg melarangnya. Fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal (siapa lagi yg lebih memahami sunnah melainkan Imam Ahmad), bahawa mengeringkan wudhu' dari angguta wudhu' itu dibolehkan. Ia diamalkan oleh banyak sahabat. (Ibn Qudamah, alMughny: 1/ms 195)

Ditanya kepada Fadhilat Syaikh Muhammad Saleh al-Uthaimiin (RH), beliau juga menjawab: boleh. Memang terdapat dalil, bahawa Maymunah (Ummul Mukminin) pernah membawa tuala kecil kepada baginda saw selepas baginda selesai berwudhu', tapi baginda tidak megambilnya. Kata Ibn Uthaimiin, ini menunjukkan baginda selalu mengeringkan wudhu'nya selepas mengambil wudhu', kalau tidak, masakan isterinya
membawa tuala... cuma ada ketikanya baginda tidak mengeringkan... [Himpunan Fatwa syaikh ibn Uthaimin, 11/ms 93, KSA]
Isu Susulan:

************************************
Pengirim : "Abu Bunyameen"
Ya terima kasih.
Selalunya orang2 tua mengatakan dengan me'lap' wudhu ni, akan hilang nur wudhu tersebut pada hari kiamat. So, Nabi tak
dapat kenal ummat dia (?)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~al-Jawab
Memang benar ada hadith:
"Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dgn cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana kesan bekas wudhu'." [sahih Bukhari, kitab wudhu' # 136]
Akan tetapi hadith itu tidak boleh ditakwil dgn petua orang2 tua. Ini bercanggah
dgn perintah AQ: (terjemahnya)

" 2. 170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat
petunjuk?". sekian

******************************
Susulan 2:
Pengirim: iman mohamad
ok..jadi maksudnye, mmg ada hadis menyatakan tntg kesan wudhu' di akhirat, tp
tiada dalil menghalang mengeringkan wudhu'. Betul x?

~~~~~~~~~~~~~~~~al-Jawab
betul...kita dah jawab kat atas..pendapat Imam Ahmad dan Ibn Uthaimiin.

thtl utk AFN lajnah fiqh dan penyelidikan(AFN-LFP)

3 comments:

nur said...

salam ustaz..di sini sy igin bertanya ttg jodoh..jika memilih calon suami, jika diberi dua pilihan, seorang yang kurang dari segi kewangannya(memandangkn tugas suami mencari nafkah tetapi imannya ada)..compare dgn seorang yg berpelajaran(sudah tentu gajinya stabil untk myara ank dan isteri dan ada imannya)..so mana yg harus dipikirkan,sblm sy solat istikarah..kerana jiwa sy sedikit terganggu dan berfikir jika sy kurang dari segi kewangan, sy tidak dapat melakukan sesuatu untk keluarga mahupun kehidupan yg selesa...jika sy memilih yg mampu menyara sy adakah dikira sy mata duitan? memandangkan taraf hidup sekarang makin tinggi...

aizuddin said...

Terserah kepada anda memilih bakal pasangan hidup sendiri. Tidak salah memilih yang berharta dan beriman.

boleh saja ditentukan dengan apa jua cara yg memenuhi perintah Allah swt dalam surah arRum: 21 (..supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya (pasangan masing2)...)

perasaan cenderung dan tenteram baik dari sebelah pria dan gadis bisa tercapai secara secara pilihan sendiri.

HR atTabarani," biarkanlah wanita menentukan dirinya sendiri.."

Sheikh Yusuf alQaradhawi lebih cenderung kepada pendapat fuqaha' Hanafi yg memberi kebebasan yg meluas kepada wanita/janda/gadis dalam menentukan masa depan mereka dalam menentukan bakal suaminya tanpa boleh dipaksa-paksa.

Anonymous said...

SUKA HATILAH NAK YANG MANA

Post a Comment