26 December 2008

Buang Air Besar

Salam

Ketika membuang air besar yang keras (berak batu)
biasanya najis yang terkeluar akan masuk balik ke dalam dubur. Batal tak puasa kalau terjadi perkara macam ni.
(rasa malu la)

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr syawal19792002 dengan kadar kemampuan yang ada.

Yang dimaksudkan batal puasa ialah memasukan makanan didalam tubuh badan kita. Lagi pun yang dimasuk tadi bukanlah makanan atau minuman. Malahan memasukkan alat rawatan kedalam lubang dubur pun tidak membatalkan puasa. Berdasarkan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah(Majmu' Al-fatawa 25/233; 25/245), beberapa ulama'-ulama' menyatakan bahawa enemas (memasukkan ubat/solution melalui dubur untuk mengosongkan bowels), ubat mata, ubat telinga, mencabut gigi dan kecederaan tidak membatalkan puasa. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin termasuklah diantaranya ialah :-

ما يدخل المهبل من تحاميل ( لبوس ) ، أو غسول ، أو منظار مهبلي ، أو إصبع للفحص الطبي .
إدخال المنظار أو اللولب ونحوهما إلى الرحم .
ما يدخل مجرى البول للذكر أو الأنثى ، من قثطرة ( أنبوب دقيق ) أو منظار ، أو مادة ظليلة على الأشعة، أو دواء ، أو محلول لغسل المثانة .
"-Memasukkan apa-apa didalam Faraj seperti pessaries, atau speculum, atau jari doktor bagi tujuan pemeriksaan perubatan.
-Memasukkan alat perubatan atau IUD kedalam Rahim.
-Apa-apa yang masuk melalui jalan urinari lelaki atau perempuan, seperti tube catherer, scope perubatan, dye dimasukkan bagi tujuan x-ray, atau ubat yang membasuh bladder"

Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-

وهي التي يستعملها من يشكو الإمساك - كل هذه الأمور أرى أنها لا تفطر،

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"

Soalan seperti itu tidak perlu merasa malu untuk ditanya, malah soalan-soalan jenis ini banyak juga ditanya oleh orang-orang bukan Melayu (Arab) bagi mendapatkan fatwa dari mufti-mufti mereka, dan fatwa-fatwa tersebutlah yang kami rujuk dan ada yang kami paparkan disini. wallahu'alam.

wassalam
=========
Rujukan

1. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. حكم الاكتحال وأخذ الحقن والدواء في الأذن أثناء الصوم. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1368

0 comments:

Post a Comment