20 January 2010

Celak Mata Dan Bekas Darah DiPakaian

Tudung putih »

Assalamualaikum Ustaz...

Saya nak tanya...

1) Kalau sewaktu berwuduk, celak mata tidak padam sepenuhnya...adakah wuduk itu sah?

2) Darah pada pakaian telah diusahakan bersungguh-sungguh untuk membersihkannya tetapi masih terdapat sedikit kesan berwarna. Adakah sah solat sekiranya pakaian ini digunakan ketika bersolat.

Itu sahaja setakat ini...
Sekian, trimas

Assalamualaikum


*********************************************
thtl »

Jawab:

1. Celak dan inai sudah digunakan sejak sebelum Islam lagi dan tiada perbahasan fuqaha' bahawa ia menghalang air wudhu', kecuali ia menggunakan bahan2 baru yg tidak telus air (water resistant) Jika ia menggunakan bahan semula jadi, maka tiada masalahnya (Dr Zaydan, alMufassal, Jld 1)

2. Kesan itu termasuk `umum albalwa' (kesulitan yg dima'afkan) sesuai dgn sifat Islam yg mempermudah dan tidak mempersukar. (Ibid) WaLlahu a'alam

8 comments:

Anonymous said...

nak tanya ustaz...celak zaman sekarang diperbuat daripada beewax (lilin lebah). Adakah solat itu sah jika seseorang itu berwuduk apabila ia tidak tanggal sepenuhnya?

Admin said...

Bahannya mungkin tidak najis tapi adakah ia telus air, kalau menghalang air maka wuduknya tidak sah... WA

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM USTAZ JIKA ADE KOTORAN DALAM KUKU YANG PENDEK CONTOHNYA DAKI BADAN ATAU SISA MAKANAN ADAKAH IA MENGHALANG AIR WUDHUK .

LAGI SATU JIKA KITA SAYA SUDAH MASUK WAKTU SOLAT DAN SAYA SUDAH KE SURAU DAN INGIN MENGAMBIL WUDHUK KEMUDIAN BARU SAYA SEDAR ADA KOTORAN YANG TIDAK HILANG WALAUPUN TELAH DIGOSOK BERKALI-KALI ADAKAH WUDHUK SAYA SAH?

AKHIR SEKALI ADAKAH MINYAK DARI MASAK DAN MINYAK GAMAT MENGHALANG AIR WUDHUK?

SELAIN ITU USTAZ SAYA INGIN TAHU ADAKAH BAWAH KUKU (BUKAN KAWASAN BAWAH BUKU) MERUPAKAN KAWASAN YANG PERLU KENA AIR WUDHU.

AKHIR SEKALI SAYA INGIN TANYA JIKA SAYA MENGGARU HINGGA BERDARAH KEMUDIAN SAYA BASUH SETELAH KERING LUKA YANG DIBASUH SAYA LIHAT ADA CECAIR WARNA PUTIH YANG KELUAR ADAKAH ITU DIANGGAP NAJIS ?
SEMOGA SOALAN SAYA DAPAT MAKLUM BALAS DENGAN SEGERA

JAZAKALLAH

Admin said...

1. kuku mesti dibersihkan sebelum wuduk samada ia menghalang air atau tidak kerana Islam mementingkan kebersihan.

2. Wuduk adalah sah kerana kotoran yang tidak mau tanggal dan waktu untuk membersihkan aalah terhad.

3. Kotoran minyak mesti dibersihkan sebelum wuduk.

4. Selalu air juga meresap di celahan bawah kuku.

5. Cecair putih itu tidak najis harus dibersihakan dengan kain atau kapas.

WA

Anonymous said...

JAZAKALLAH USTAZ

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,berkenaan dengN soalan di atas..
Kalau lps solat baru perasan ada daki bawah kuku adakah sah solat itu??

farah said...

Salam, Saya keliru cosmetic berasaskan gamat adalah halal tetapi adakah boleh di bawa solat, contohnya cream rambut gamat.

farah said...

Salam, Saya keliru cosmetic berasaskan gamat adalah halal tetapi adakah boleh di bawa solat, contohnya cream rambut gamat.

Post a Comment