04 January 2009

Menyapu Kepala Ketika Wuduk

Salam

Dari Miqdaam ibn Ma'di Yakrib ra : berkata :

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ، فَلَمَّا بَلَغَ مَسْحَ رَأْسِهِ وَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ فَأَمَرَّهُمَا حَتَّى بَلَغَ الْقَفَا ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ

"Aku melihat Rasulullah melakukan wudhu'. Apa baginda sampai di bahagian menyapu kepala, dia akan meletakkan kedua2 tangannya dihadapan kepada sehingga sampai kebelakang, kemudian dia membawa kembali kepada tempat dia bermula" [Hadith Riiwayat Abu Daud, dikelaskan oleh al-Albani sebagai Sahih].

bagaimana pulak kaedah bagi perempuan dlm tatacara menyapu kepala..

mintak pencerahan dari panel al-ahkam.. Wassalam
-----

Wassalam

alJawab:

Khilaf fiqhi.

Pendapat pertama: mengusap seluruh kepala adalah untuk kedua-dua gender (lelaki dan perempuan) sebab nas tidak merincikan ada perbedaan. Ini adalah qaul dalam madzhab Maliki, sebahagian Hanabilah dan pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (Majmu'Fatawa 21/123)

Pendapat kedua: cuma usapan keseluruhan kepala bagi lelaki sahaja dan tidak bagi perempuan. Ini satu pendapat dalam madzhab Hanbali (Ibn Qudamah, alMughni, 1/93), hujah Imam Ahmad ialah Aisyah hanya menyapu bahagian depan rambutnya sahaja ketika berwudhu'. Amalan Aisyah adalah hujah kerana statusnya sebagai isteri Nabi saw yang paling utama dalam fatwa dan ilmu.

Manakala madzhab Syafi'iy kita, tidak membedakan lelaki atau perempuan, kerana kedua-duanya cuma perlu menyapu sedikit bahagian kepala sahaja.

Pendapat yg rajih ialah pendapat pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah kerana ayat dalil (AQ 5: 06) dan sapulah kepala kamu itu bermaksud keseluruhan kepala dan diyari'atkan serupa sahaja bagi lelaki atau perempuan.
sekian

0 comments:

Post a Comment