24 December 2008

Merenjis Mengeringkan Lebihan Air Wuduk

Assalamu'alaikum!

Ustaz, ada pendapat yang mengatakan makruh merenjiskan /mengelap lebihan air wudhu' daripada anggota wudhu' selepas mengambil wudhu'. Adakah dalil tentang ini?


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Ada dua pendapat:

1. Harus
Diamalkan oleh Usman alAffan, alHasan bin Ali, Anas bin Malik, alHasan alBasri, Ibn Sirin, adhDhahak, Abu Ya'la, Sufyan athThaury, asySya'abi dan Isyaq yg bersumber dari Ibn Umar ra. Inilah pendapat Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebahagian Syafi'iy. Dalil mereka:

HR atTermudzi dan anNasa'iy dari Aisya ra "adalah kerap RasuluLlah saw mempunyai perca2 kain untuk mengeringkan anggota sesudah berwudhu'." Hasan menurut Albani (sahih aljami' no 4706)

HR Ibn Majah (no 468) dari Salman alFarisi," bahawa Nabi membalikkan jubahnya untuk mengesat air wudhu'nya di muka." isnadnya sahih menurut azZahabi, didha'ifkan oleh bn Hajar, tapi menjadi Hasan jika digabungkan dengan hadis Aisyah.

2. Makruh tanzih (makruh biasa)

Dipegang oleh selain yg kita senaraikan dalam pendapat pertama. dalil mereka: HR Bukhari-Muslim-Ahmad ibn Hanbal, dari Ummul Mukminin, Maimuna, Maimunah membawa kain untuk mengelap tapi Nabi menolaknya."

Pendapat pilihan:
Pendapat pertama kerana alasan pendapat kedua tidak kuat kerana apabila Maimunah menceritakan Nabi menolak (faradduh) bukanlah bermakna Nabi saw melarang.
(Ruj: Sifat Wudhu' anNabiyy oleh Syaikh abd Rahman asySyuwaiyyib, Saudi Arabia. Allahu a'alam

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanya soalan yang tak berkaitan dengan tajuk di atas.

Apakah hukum orang yang bersembang@berkata-kata ketika berwudhu?

Dah try cari entry yang berkaitan, tapi tak jumpak. Maaf yer~

Post a Comment