24 December 2008

Mani Mazi Dan Wadi

Assalamua'laikom ustaz,

Setiap kali saya mengalami Ghairah samada keluar mazi atau sebaliknya, sehari kemudian bila saya buang air kecil akan keluar samada cecair jernih (berketul) dan adakala cecair jernih tidak keluar tetapi urine saya berasa kesat. Biasa sebelum berlaku perkara ini saya akan merasa seperti ada sesuatu diantara saluran ginjal dan pundi kencing. dan adakala perkara ini berlaku 2-3 kali setiap kali saya ke tandas. ini menyebabkan saya mandi hadas setiap kali nak solat (kerana khuatir yg keluar itu mani). adakala berlanjutan sampai 2 hari walaupun lendir tak keluar tetapi rasa kesat urine tadi menyebabkan saya beranggapan bahawa mani telah keluar.Bagi mengelakkan terus dari berlaku biasanya saya mengeluarkan mani secara onani. Dan saya ada bertanya dengan doktor secara amnya beliau berpendapat perkara ini memang biasa berlaku bagi golongan yg belum berkahwin. Pada pandangan ustaz apakah itu air mani atau penyakit?


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

Jika wanita ada tiga jenis discharge (haidh, nifas dan istihadzah), kaum lelaki juga ada tiga jenis discharge (cecair kemaluan) yg common: mani, madzi dan wady. Kita sudah banyak kali menjelaskan sebelum ini: mani ialah cecair ejakulasi/orgasma seks (ia cecair yg keluar secara terpancar); madzi ialah cecair jernih yg bergetah yg keluar dari zakar (penis) ketika ghairah, manakala wady ialah cairan putih kental yg keluar semasa kencing disebabkan stress (tekanan perasaan/emosi) atau kepenatan yg bersangatan. Dari penerangan anda, kami berpendapat cecair yg keluar bersama baul (kencing) itu ialah wady. Ia ijma' najis dan tidak perlu mandi. Jalan penyelesaian yg anda pilih yakni masturbasi (onani) itu tidak perlu sebab jumhur mengharamkan onani atau makruh menurut sebahagian yg lain kerana salah satu sifat atau akhlak yg buruk. (anNawawi, Majmu' 2/559; Ibn Qudamah alhanbaliah, Mughny 2/72; Syawkani, Nailool Awthor, 1/52

0 comments:

Post a Comment