24 December 2008

Melengah-lengahkan Mandi Hadas

Apakah hukumnya melengahkan mandi wajib seperti berniat di dalam hati "Biarlah aku basuh kereta dulu, lepas tu nanti aku mandi wajib sekali".

Anggaplah soalan ini ditanyakan dalam keadaan seseorang itu telah menyempurnakan solat wajibnya (i.e selepas solat Subuh dan sebelum solat Dzuhur).

2) Benarkah solat qabliyah tidak disunatkan utk waktu maghrib dan isya'? Benarkah hanya solat ba'diyah sahaja yg sunat utk kedua2 waktu tersebut? Kalau ada, adakah hadith berkenaan perkara ini? Kalau tiada, apakah hukumnya menegur org yg sedang dlm solat qabliyah itu (e.g saya pernah ditegur ketika solat qabliyah fardhu Maghrib, org itu mengur saya dgn katanya "Mana ada solat sunat qabilyah Maghrib".

3) Bgmn pula dgn solat sunat sebelum Jumaat (selepas Azan kedua - sebelum Khatib membaca khutbah). Adakah ianya bersumberkan sunnah Rasulullah SAW.

Jazakallah!


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

1. Firman Allah SWT," jika kamu junub, mandilah." (terjemah AQ 5: 6. Ia tidak mengisyaratkan `time-frame'. Mengikut Tafsir alJassas tujuan mandi ialah untuk bersolat, masuk ke mesjid, membaca alQur'an, dll.

2. Solat qabliyah Maghrib dan 'Isya' itu sunnah, cuma ia bukan mu'akkad (dituntut)
Dalil: Qabliyah Maghrib. HR Muslim dari Ibn Abbas ra dan HR Bukhari-Muslim dari Abdullah bin Mughaffal

Qabliyah Isya': HR Ibn Hibban dari Abdullah bin Zubair dan HR Jama'ah dari Abdullah bin Mughaffal

3. Tidak ada solat selepas azan kedua. Ini kerana azan di zaman Nabi saw ialah sekali sahaja dan kemudian Nabi saw terus berkhutbah. Bagi yg baru sampai dan mendapati azan kedua baru sahaja selesai atau Imam sedang berkhutbah, sunat mengerjakan solat sunat tahyatul mesjid. dalil: Muttafaq 'alaih dari Jabir ra (apabila seseorang datang kesjid pd hari Juma'at dan Imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua raka'at. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment