15 January 2009

Sapu Minyak Urut

Assalamualaikum ustaz,
Sekiranya di sebelah malam sebelum tidur, saya menyapu atau menggosok minyak urut pada kaki, perlukah kaki itu dicuci dengan sabun/shampoo sebelum mengambil wudhu di waktu subuh? Mungkin air tidak sampai ke kulit. Bagaimana dengan krim atau lotion pula?
Terima kasih.

****************
Bismillahi wal hamdulillah ,

Secara kaedahnya , sebarang benda yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit ketika berwudhuk mestilah dihilangkan dahulu.

Sekiranya minyak yang dilumur pada malam tadi telah hilang dan tiada lagi yang booleh menghalang dari sampainya air ke kulit , maka bolehlah sauadara terus berwudhuk.Jika tidak , kaki tersebut wajib dicuci dengan menghilang minyak tersebut terlebih dahulu.Ini kerana sifat minyak itu sendiri yang memang tidak boleh sebati dengan air dan boleh menjadi penghalang kepada sampainya air semasa berwudhuk..

Berbeza dengan lotion atau krim , kerana pada kebiasaannya krim atau lotion akan meresap ke dalam kulit dan ini tidak menjadi penghalang kepada air daripada sampai ke kulit anggota wudhuk..

Sekiranya lotion atau krim tersebut sifatnya sama seperti minyak maka hukumnya adalah sama dengan kes minyak di atas.....

WA

4 comments:

Gegegurl said...

salam ustaz...
sekiranya sy menyapu losyen yusmira di perut pada malam hari...dan pagi keesokan nya sy berwuduk untuk solat subuh tanpa menyucikan perut sy terlebih dahulu adakah sah wuduk sy dan solat sy di terima?

Anonymous said...

Tidak la perlu membasuh perut, sebab ia bukan anggota wuduk. melainkan losyen tersebut mengandungi najis.

Unknown said...

Jika anggota wudhuk ada kesan penggunaan ubat cap kaki tiga, macam mana uataz? Sy tak pasti ia serap atau tidak? Tapi, bila cuci dengan air, ia senang hilanf berbanding minyak.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.. jika guna minyak taring buaaya dan tangkur buaaya kering , yang telah di keringkan boleh ke pakai solat ?

Post a Comment