20 February 2010

Jilatan Anjing Pada Selain Bejana

Postby faiz0304 »

Assalamualaikum ustaz,

ustaz, saya ada terbaca satu jawapan yg diberikan dalam forum ini tentang jilatan anjing yang hanya perlu disertu adalah jilatan pada bejana sahaja? maksudnya, sekiranya anjing menjilat anggota badan kita atau peralatan lain (kereta etc) selain daripada bejana, maka ia tidak perlu disertu? betulkah pemahaman saya ini ustaz?

bolehkah ustaz sertakan bersama penerangan dr yusuf qaradawi dalam fiqh taharah mengenai masalah jilatan anjing ini untuk pemahaman lanjut. Terima kasih ustaz.




********************************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Apa yang saudara sebut iaitu jilatan anjing hanya perlu disertu jika ia menjilat bejana sahaja, adalah mazhab Imam Malik. Beliau berpendapat jilatan anjing tidak najis dan tidak menajiskan apa-apa termasuklah bejana. Suruhan hadis supaya menyertu (basuh 7 kali dan salah satu dengan tanah) adalah berbentuk taabbudiy, sebagaimana suruhan supaya membasuh anggota wudhuk sebanyak tiga kali. (Al-Istizkar oleh Ibn Abdil Barr 1/206)

Pun begitu, pendapat jumhur yang mengatakan jilatan anjing adalah najis, lebih kuat. Kerana nas hadis menyebut perkataan طهور إناء أحدكم iaitu: 'Penyucian bejana salah seorang kamu'.

Lafaz tersebut dalam istilah syarak digunakan samada untuk suci dari najis atau hadas. Oleh kerana bejana tidak mungkin berhadas, maka yang tinggal ialah penyucian daripada najis.

Apabila jilatan anjing dihukum sebagai najis, maka ia wajib disucikan bukan sahaja pada bejana, tetapi juga pada benda-benda lain seperti pakaian. Pendapat inilah yang lebih kuat dari sudut usul.

Wallahu A'lam.

2 comments:

Anonymous said...

//////////

Anonymous said...

tahi anjing pun kena basuh 7 kali air mutlak n tanah ker

Post a Comment