02 February 2010

Masalah Keputihan

Postby nur_wasatiah »

assalamualaikum...

sususalan bg soalan SJ-2388: Masaalah keputihan

sekiranya slps habis menunaikan solat... kita dapati terdapat cecair keputihan... tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?

sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby g@y@t »

salam

tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat... adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita...?

Tidak. Krn sdr hanya menyedari selepas solat itu selesai. Kemungkinan keputihan itu keluar seleaps selesai solat. Maka, solat anda sah. Maka berdasarkan kaedah fiqh iaitu 'Keyakinan tidak dihilangkan dgn syak', solat anda sah krn keputihan itu tiada kpeastian bila keluarnya. Maka dikira ia keluar pada tika sdr melihatnya sahaja.(Fiqhus sunnah 1)


sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu' semula...?

Org yg mengalami penyakit keputihan yg sentiasa keluar ataupun selalu keluar, fuqaha' telahpun menggariskan cara penyelesaiannya iaitu dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatknya dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),"..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan).."(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat)

Maka diqiaskan darah dgn segala benda yg keluar sehingga menyebabkan sukarnya dia mengekalkan wudhu'.

Oleh itu, di sini ada dua perkara yg perlu diketahui. sekiranya sdr tidak melakukan sptmana di atas, maka solat sdr batal dan wudhu' perlu diperbaharui. Sekiranya sdr telah menyumbat atau seumpamanya, solat sdr sah dan abaikan apa saja yg mungkin keluar.

Sekian. WA.

wassalam

RUJUKAN LAIN

Fiqh Islami
Dr wahabh al-Zuhaily

Fiqhus sunnah
Sheikh sayyid sabiq

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Tamamul Minnah
Sheih Nasiruddin al-Albani

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin Al-Makki

13 comments:

Anonymous said...

salam...
sy mengalami masalh haid yang tidak teratur...
ia keluar selepas seminggu sy mengalami haid...
jadi perlukah sy menggunakan kaedah yang di tunjukkan di atas?
atau sy perlu mandi wajib setiap kali ingin menunaikan solat?

wanita_85 said...

salam...
sy sudah 2 hari saya mengalami maslah haid tidak teratur..
jd sy memikirkan bahawa sy tidak perlu solat..
jd adakah itu tidak menjadi maslah atau sy perlu qada' semula solat yang saya tinggalkan selama 2 hari tersebut..?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt....
Saya nak tanya pasal masalah keputihan ni juga...saya mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar...jadi saya akan membersihkan keputihan itu setiap kali hendak bersolat...tetapi saya tidak menyumbatnya dengan kapas atau memakai panti-liner...saya juga tidak memakai panties untuk mengelakkan keputihan itu terkena pada panties tersebut...sahkah solat saya jika saya hanya membersihkan kemaluan saya dan mengambil wudhu lain tetapi tidak menyumbatnya dengan kapas atau panti-liner (kerana tidak memakai seluar dalam) setiap kali mahu bersolat?

Admin said...

masalah haid yang tidak teratur kena tunggu sehingga haid betul-betul berhenti. Jika haid berhenti sementar kemudian datang semula masih dianggap dalam haid, gugur keperluaan solat. WA

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/habis-haid-tunggu-waktu-3-solat.html.

Admin said...

Masalah keputihan wajib diletak kapas atau panti-liner untuk mengelak terkena kepada bahagin lain pakaian ketika solat. Jika tidak solat dianggap batal.

Hanya perlu cuci dan berwuduk setiap kali solat. WA

niena said...

assalamualaikum nk tanya... andai kata sudah di letak kapas bgi wanita yg sntiasa keluar keputihan, wuduk nye tu kekal atau tidak?mksud sy selesai solat zuhur kemudian tggal 10minitlgi utk ke solat asar ataupun ketika ingin memulakan bacaan al-Quran,perlukan diangkat semula wuduk itu?terima kasih

Admin said...

perlu dicuci dan perlu berwuduk untuk setiap solat...

Anonymous said...

Perlukah tunggu masuk waktu asar utk berwiduk semula atau tidak

Anonymous said...

sah solat tak jika menggunakan seluar dalam bekas keputihan?

syaz said...

salam, sy msih waswas skirnya keluar cecair yg seakn keputihan tetapi bewarna coklat seperti kita semasa penghabisan haid. apakh itu aid atau kputihan??

nyna said...

ada pendapat ulama kata keputihan tak batal wuduk kan? boleh ke nak ikut pendapat tu sebab lepas solat fardhu saya ade bnyk solat qada nak buat.. mohon respon ye, ..tq..

:) said...

Keputihan ada dua; luar fajar (area yg boleh dicuci), dan dlm fajar.

Pendapat ulama y you baca mungkin refer kepada y no 2 tu.

https://www.google.com/amp/www.nona.my/kaitan-antara-keputihan-cecair-yang-keluar-dari-faraj-hukum-wuduk-wanita-islam-kena-ambil-tahu/amp/

Still tak sure macam mana nk bezakan antara dua tu. Mungkin boleh tgok spots kt undies?

:) said...

1. Kekuningan dan kekeruhan yang keluar pada masa haid dikira sebagai haid. contoh: kebiasaan haid selama lima hari. Dalam salah satu bulan, darah haid datang selama dua hari, kemudian pada hari ketiga datang kekuningan dan kekeruhan, kemudian dua hari yang akhir datang semula darah haid. semua hari-hari ini dikira haid.

2. Kekuningan dan kekeruhan jika bersambung dengan hari-hari haid sebelum bersih darinya, dikira sebagai haid. contoh: darah haid datang selama lima hari. Selepas itu datang kekuningan dan kekeruhan selama dua hari, kemudian datang cecair jernih. Maka haid dikira selama tujuh hari.

3. Kekuningan dan kekeruhan yang datang setelah bersih dari haid tidak dikira. Contoh: tempoh darah haid telah selesai, dan seseorang mendapati dirinya telah bersih dari haid. Selepas itu kelihatan ada cecair kekuningan dan kekeruhan. Cecair ini tidak dikira sebagai haid. sebaliknya dikira sebagai cecair kekuningan dan kekeruhan ini sebagai Istihadah. Hukumnya sama seperti hukum istihadah. Perlu wudhu bila masuk waktu solat, dan perlu basuh kesannya yang kena pakaian. *Perlu beristinjak darinya. Dia tidak dikira haid apabila ada pemisahan antara keduanya dengan jelas.
http://bin-sahak.blogspot.my/2010/01/toharah-wanita.html?m=1


Cecair coklat semasa penghabisan adalah dikira haid.

Post a Comment