02 February 2010

Air Mazi Sah Solat atau Tidak

Postby g@y@t »

Adakah tidak sah solat jika terdapat air mazi di pakaian?dan adakah perlu mangangkat air hadas besar untuk bersuci jika air mazi keluar?



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab

Air mazi adalah najis, dan ia tidak menyebabkan mandi wajib. Hukum ini berdasarkan hadis:

Dari Ali r.a., katanya: Aku seorang lelaki yang kuat keluar air mazi, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku menyuruh al-Miqdad bi al-Aswad menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. Dia bertanya dan baginda s.a.w. menjawab: "Diwajibkan berwuduk. Seorang Islam hendaklah membasuh zakarnya dan hendaklah berwuduk." (HR syaikhani)

Masalah:
Adakah tidak sah solat jika terdapat air mazi di pakaian?

Jawab:
Tidak sah kerana air mazi adalah najis. Tempat yang terkena air mazi hendaklah dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu.

Masalah:
Adakah perlu mangangkat air hadas besar untuk bersuci jika air mazi keluar?

Jawab:
Tidak perlu, kerana keluar air mazi bukan daripada perkara yang mewajibkan mandi.

Sekian. Wallahu a'lam.

zain y.s.

Rujukan:
Al-Feqhul Islami Wa Adillahtuh.

12 comments:

Ahmadi said...

Assalamualaikum
bagaimana kalau air mazi keluar ketika membeli belah bersama isteri? maknanya kena seluar dalam la dan kalau nk solat kena basuh la seluar dalam tu?

Anonymous said...

klau terkena pakaian..pakaian masuk mesin atau kene berus biar hilangkannya..

Hafism said...

sekadar berkongsi apa yang saya tahu. kawan saya pernah bagitau,jika air mazi terkeluar ketika di pusat membeli belah,cukup sekadar menyapu tempat yg terkena tu dengan air sehingga kita yakin air mazi tu hilang.maksudnya,pergi toilet kejap,pastu gosok tempat yg terkena tu dengan sedikit air sehingga yakin hilang.wallahua'lam. betulkan jika saya salah.

Anonymous said...

assalamualaikum

maaf soalan agak lari daripada tajuk.

seperti mana yang saya tahu mandi dengan menggunakan air zam-zam yang bercampur dengan air biasa hukumnya adalah harus.maka ketika mandi jika membasuh kemaluan mengunakan air zam-zam yang telah bercampur air biasa tadi apakah humkumnya?adakah dibolehkan?

harap dapat beri penjelasan.
sekian terima kasih.

hamba said...

yang saya keliru ni... air mazi masih ada selepas mandi wajb(hunbngan dengn isteri,setelah dicuci hingga bersih,saya pun ambil wuduk,kemudian saya solat,tpi selepas solat masih ada lagi cecair yg keluar dn terkena seluar dalam... sah ke tidak solat saya?

fritz said...

saya ingin bertanya...bagaimana kalu air mazi itu kering di pakaian?

Anonymous said...

...bnyk soalan xterjwb...

Unknown said...

Ustaz adakah sah solat selepas menyucikan dengan air mutlak

Unknown said...

Salam ustaz,saya tengah solat tetapi secara x sengaja keluar air mazi,saya sudah basuh banyak kali tapi tetap keluar,jd sah x solat sy??

Pelan Rumah Banglow said...

Salam ustaz..mcm mana kalau jenis stiap masa kelaur air mazi?tidakkah menyulitkan ibadah harian?

Anonymous said...

salam, kalau pakaian kita terkene air mazi lepas tu kita ambil wuduk, wuduk tu sah tak?

Unknown said...

Salam ustaz,saya tengah solat tetapi secara x sengaja keluar air mazi,saya sudah basuh banyak kali tapi tetap keluar,jd sah x solat sy??

Post a Comment